
Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch telah membuat satu program iaitu Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai peruntukan untuk membeli makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Kepada Rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung yang memerlukan Bantuan dari Malakat Mall, harusalah membuat permohonan terlebih dahulu untuk menerima bantuan tersebut.
Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
Sehubungan itu, kami akan menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.
Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.
Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.
SYARAT-SYARAT PEMOHON
PENDAPATAN ISI RUMAH
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi
TANGGUNGAN ISI RUMAH
- Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi
- Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19
- Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan
- Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan
IBU TUNGGAL
- Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.
Untuk memohon, sila klik pautan berwarna biru dibawah
Saya ingin mohon bantuan Pampers susu bayi dan makanan asas untuk kurangkan beban saya kerana saya dan suami kehilangan sumber pendapatan dari awal p.k.p saya berkeja kilang.dan suami pembantu meniaga satil ikan.di tepi jalan. Saya betul2 memerlukan kerana saya tiada simpanan.