
Bantuan NADMA untuk bencana Covid 19 | Untuk makluman anda, kerajaan akan menyalurkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 sehari kepada mana-mana individu yang terkesan dengan wabak Coronavirus melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia memaklumkan mengenai bantuan RM600 sebulan yang akan disalurkan kepada mana-mana pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji (maksimum enam bulan sahaja) melalui Bantuan Covid 19 PERKESO Sehari RM600.
Tahukah anda selain bantuan RM600 sebulan, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.
Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Berikut dikongsikan garis panduan permohonan bantuan khas tersebut.
Syarat Kelayakan
Bantuan ini hanya khas untuk mereka yang:
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19
Cara Memohon Bantuan NADMA COVID-19
Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.
Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Download Borang Permohonan Bantuan RM100 -> Borang NADMA
* Disebabkan terlalu ramai masuk ke website official kerajaan, website agak berat dan tidak boleh dibuka. Sila cuba semula pada waktu malam.
Di bawah ini disertakan contoh borang dari NADMA.
Borang Bantuan Covid Lampiran A
Borang Bantuan Covid Lampiran B
Borang Bantuan Covid Lampiran C
Mengenai Bantuan NADMA
Bantuan ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan dengan geran sebanyak RM1 Juta. Namun bantuan ini adalah terhad kepada individu yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan di rumah.
Mereka yang layak menerima adalah pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Bantuan tersebut juga layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan PERSEKO (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Selain itu, terdapat juga kutipan tabung Covid 19 yang mana telah diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Jika mana mana individu yang ingin membantu, anda boleh menyalurkan ke akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14.
Selain itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan meneliti semula apakah bantuan yang boleh disalurkan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat COVID-19. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perkara itu akan dibangkitkan di peringkat kementerian selepas mesyuarat Kabinet, Rabu depan.