INFO: Bantuan Sara Hidup (BSH) Di Agihkan Pada Bulan Julai & Cara Semakan Status Permohonan

Seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, baki Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di bayar pada Julai 2020 nanti.

Namun tiada tarikh tepat diumumkan dan akan diupdate dari masa kesemasa.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, penerima BSH lepas akan menerima bayaran seperti yang telah ditetapkan.

Penerima juga tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.

Anda hanya perlu membuat permohonan kemaskini BSH sekiranya ada perubahan maklumat berlaku.

Tarikh pembayaran BSH ini juga diawalkan bertujuan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang berlaku diseluruh dunia.

Permohonan Baru & Kemaskini

Untuk permohonan baru BSH, anda boleh dapatkan maklumat lanjut permohonan melalui pautan ini ~ Permohonan Baru BSH. Untuk kemaskini pula anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Akibat dari perintah PKP, Kaunter dan Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) tidak beroperasi mulai 26 Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui portal rasmi bsh.hasil.gov.my

CARA SEMAKAN STATUS BSH :

  1. Tekan “SEMAK STATUS BSH” di bawah.
  2. Anda akan dibawa ke portal rasmi BSH untuk membuat penyemakan.
  3. Masukkan Nombor IC / MyKad anda diruang yang disediakan.
  4. Anda akan mendapat info BSH adakah sudah diterima ataupun dalam proses.

Baca Juga:

  1. MOHON SEKARANG: Bantuan NADMA RM 100 Untuk Individu Yang Memerlukan – DOWNLOAD BORANG DISNI
  2. Cara Memohon 1GB Internet Percuma Setiap Hari Untuk Pelanggan Celcom, Maxis, Digi, dan UMobile Sepanjang PKP – Info

SEMAK STATUS BSH

You May Also Like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *