
Pertama sekali, Terima kasih pada laman Jobs Malaysia atas perkongsian info yang sangat berguna ini.
Bolehkah Majikan Anda Menolak Gaji Pekerja Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac? Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang isu ini.
Jawapannya TIDAK BOLEH. Bagi pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh, majikan Tidak Boleh sama sekali menolak gaji pekerja di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18-31 Mac nanti kerana hal ini telah dicatatkan di dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji. Jika majikan berbuat demikian, ianya kesalahan yang boleh didenda RM10,000.
PENOLAKAN HANYA BOLEH DI BUAT JIKA PERKARA INI BERLAKU:
Penolakan gaji hanya boleh dibuat jika;
1) Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan.
2) Terdapat undang-undang khas yang memperuntukkan perkara sedemikian
Setakat ini, tiada undang-undang atau polisi sedemikian.
Akta Kerja 1955 juga hanya terpakai kepada pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh tempatan atau asing.
Jika pekerja bergaji melebihi RM2,000, perlu lihat kontrak pekerjaan masing-masing jika ada peruntukan sedemikian utk menolak gaji semasa krisis.
Ataupun majikan akan berunding dengan anda utk selamatkan perniagaan.
Namun, majikan tidak boleh paksa anda jika tiada dlm kontrak.
Sila rujuk maklumat di bawah untuk lebih penerangan mengenai isu Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Semasa COVID-19 ini. Semoga membantu anda.
Baca Lagi: Pekerja Boleh Keluarkan RM500 Dari KWSP Akaun-2
Baca Lagi: Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Akibat Terkesan COVID-19 – Loan Kereta/ Rumah/ Personal