Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Dibayar Isnin Ini Secara Berperingkat

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman hari ini mengenai Pakej Ransangan Ekonomi – Prihatin Rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Muhyiddin berkata menerusi pakej itu, semua lapisan masyarakat di negara ini tidak akan dipinggirkan.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Covid-19 ini.

Pembayaran secara“One Off” ialah pembayaran yang akan diberi sekali sahaja. Pembayaran ini akan diberikan kepada golongan B40 dan juga M40.

Pembayaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan bermula hari isnin ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT.

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini.

Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran.

Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.

You May Also Like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *