
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman hari ini mengenai Pakej Ransangan Ekonomi – Prihatin Rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Muhyiddin berkata menerusi pakej itu, semua lapisan masyarakat di negara ini tidak akan dipinggirkan.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Covid-19 ini.
Pembayaran secara “One Off” ialah pembayaran yang akan diberi sekali sahaja. Pembayaran ini akan diberikan kepada golongan B40 dan juga M40.
Pembayaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan bermula hari isnin ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT.
Bank Simpanan Nasional telah mengeluarkan garis panduan untuk penerima BPN dengan menyenaraikan langkah-langkah bagaimana untuk membuat pengeluaran wang tunai di cawangan BSN yang berdekatan anda.
NOTIS PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL – BSN
Berikutan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara berperingkat bermula 6 April 2020 (Isnin) hingga 15 April 2020 (Rabu), berikut adalah butir-butir lanjut:
1. Orang ramai yang layak menerima bantuan BPN akan menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 1 April 2020
2. Pembayaran BPN akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3. Bagi penerima status pengkreditan Gagal Kredit dan tiada rekod, anda dinasihatkan untuk membuat semakan di laman sesawang https://www.hasil.gov.my ataupun di https://bpn.hasil.gov.my terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk hadir ke kaunter Cawangan BSN SEKIRANYA PERLU SAHAJA.
Baca Lagi: TUTORIAL Cara Memohon Internet Prihatin Percuma setiap Telco Di Malaysia bermula 1 April 2020
4. Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.
5. Di samping itu kami ingin menasihati orang ramai dan para pelanggan untuk sentiasa berwaspada dengan scammers yang menggunakan peluang ini untuk menjalankan aktiviti penipuan mereka.
6. Kami menggalakkan transaksi melalui myBSN kepada pemegang akaun BSN. Sebarang pertanyaan mengenai urusan myBSN, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.
Terima kasih.
4 April 2020
Mohon keluar wang KWSP akaun 2