Siapa Sebenarnya Budak LeIaki SoIat Di Kebun Hanya Beralaskan Daun Pisang

Sejak beberapa hari lalu kisah  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memulakan tugas pada hari pertama sebagai Menteri Agama dimulai dengan soIat sunat dhuha dan soIat sunat hajat telah mendapat perhatian ramai.

Rata-rata memuji pendekatan Dr Zulkifli yang mengimamkan soIat sunat dhuha dan mengajak staf untuk soIat secara berjemaah.

Itu kisah melibatkan seorang individu yang dikenali ramai sebagai seorang tokoh agama yang mementingkan soIat walau dalam apa jua keadaan.

Mungkin pendekatan Dr Zulkifli tadi ada persamaan yang boleh dikongsi tentang sebuah kisah yang pernah tular di media sosiaI sekitar dua tahun lalu di mana gambar seorang budak soIat di kebun bapanya dengan beralaskan daun pisang ini.

Meskipun sibuk dengan kerja tetapi soIat harus menjadi keutamaan.

Sebelum itu, ramai warganet tertanya-tanya siapa sebenarnya kanak-kanak tersebut memandangkan hanya gambar dikongsi dan tiada maklumat diceritakan.

Namun selepas pihak media membuat siasatan, akhirnya kisah sebenar tentang budak lelaki itu buat ramai puji. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

Terdahulu sebuah foto yang dimuat naik seorang pengguna Twitter baru-baru ini menjadi tular di media sosial. Akaun dengan nama Ana_khoz itu telah memuat naik gambar seorang budak lelaki yang sedang mendirikan soIat di kebun milik bapanya.

Dalam foto tersebut, kelihatan budak lelaki itu hanya mengenakan sarung untuk menutupi tubuhnya yang tidak mengenakan pakaian.

Sementara itu, dia juga dilihat hanya menggunkan daun pisang sebagai alas pengganti sejadah.

” Di tengah kesibukan membantu orang tua, dia tidak lupa akan kewajipannya untuk menjalankan ibadah soIat walau hanya dengan beralaskan selembar daun pisang. Subhanallah,” tulis Ana_khoz.

Menerusi keterangan gambar yang dibuat Ana, menjelaskan bahawa budak lelaki yang berasal dari Tuban, Jawa Timur itu sedang membantu orang tuanya bekerja di kebun.

Meskipun tidak memiliki ruang soIat yang selesa, tapi budak tetap itu tidak lupa menunaikan soIatnya.

Ketaatan budak lelaki itu dalam menjalankan perintah agamanya telah mendapat banyak pujian dari netizen. Kebanyakan dari mereka terharu dan berharap yang budak lelaki itu dapat menjadi contoh bagi anak-anak yang lain.

” Saya yang non muslim juga merasa kagum dengan beliau, semoga anak-anak kita yang lain dapat mencontohi beliau dalam beribadah,” komentar N_Kuslan.

” Soleh benar anak ini. Beruntung orang tuanya mempunyai anak yang taat seperti dia,” ujar IbuPertiwiku.

” Jgn pertikaikan segala kekurangan (tempat ibadah) yg dia lakukan saat soIat tpi lihatlah niat hatinya untuk tetap beribadah kepada Tuhannya dalam segala keadaan,” tulis GunRomli.

” Bererti,orng tuanya sangat luar biasa dlm mendidik anaknya, hingga anaknya merasakan bahawa soIat adalah keperluan hidup yg tidak blh ditinggalkn,” kata Ana_khoz.

Bagaimana pula pendapat anda..?

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : karteldakwah

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *