Cara Memohon dan Semakan Rebat Elektrik 2020 – RM40 Sebulan

Cara Memohon dan Semakan Rebat Elektrik 2020 – RM40 Sebulan

Rebat Elektrik | Sejak Januari 2019, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan bantuan ini dan telah memberi manfaat kepada 185000 rakyat Malaysia untuk menikmati rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan. Namun, bantuan ini hanya layak bagi mereka yang berdaftar dibawah sistem eKasih.

SEMAKAN REBAT ELEKTRIK 2020

Dengan kewujudan program ini, anda boleh mendapatkan rebat bagi pembayaran bil elektrik sehingga RM40 bagi setiap bulan. Namun begitu, bukanlah semua orang layak untuk memohon, hanya golongan dibawah yang layak bagi menerima rebat elektrik :

syarat kelayakan rebat elektrik

  • Ketua Isi Rumah di bawah kategori miskin serta miskin tegar yang disenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah kurang RM600 sebulan dan miskin kurang RM950 sebulan.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Setiap penerima yang layak akan menerima pemberian rebat ini sepanjang tahun 2020.

CARA MEMOHON REBAT ELEKTRIK RM40 SEBULAN

Setelah selesai membuat pendaftaran, anda boleh menyemak sama ada anda layak atau tidak bagi menerima rebat ini.

Semak Rebat Bil Elektrik

semakan bil eletrik rebat

Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Pejabat Ahli Parlimen / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

rebat elektrik semakan pembayaran

Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah miskin serta  miskin tegar yang telah disenaraikan dalam Sistem eKasih;
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
  • Hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  • Rebat RM40 termasuk segala jenis caj (sebagai contohnya penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil;
  • Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2020;
  • Rebat bil elektrik ini diberi sebanyak RM40 sahaja bagi setiap bulan, jika bil kurang dari RM40 tiada baki yang akan dibawa ke bulan hadapan dan jika terlebih RM40, anda perlu membayar baki tersebut;
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan rebat eletrik 2020 ini, anda boleh menghubungi talian dibawah, atau boleh layari FAQ MESTECC di sini :

rebat elektrik img

Semoga artikel cara permohonan ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Mohon kongsi panduan ini kepada golongan yang layak.

Semakan Rebat Online (eKasih)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *