Cara Permohonan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) melalui Jobsmalaysia

CARA PERMOHONAN (Rujuk gambar)

Pastikan daftar akaun JOBS MALAYSIA. sebab kalau tengok dekat portal SPP, dia dah state (Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan secara sepanjang masa. Permohonan boleh dikemukakan melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.)
Tolong guna Jobs Malaysia version yang terbaru
Selepas login, update profil and kemaskini semua maklumat.
Pergi Kemaskini jawatan di mohon, cari bahagian SPP. Ikut korang nak apply melalui kelayakan yang mana sama ada Spm, Diploma atau Ijazah. (btw ada nak story sikit pasal ni, refer dekat bawah okay nanti Ai story). After dan update jangan lupa tekan SIMPAN.
Then, untuk meyakinkan permohonan korang tu berjaya di daftarkan, bolehlah bukak portal SPP. Pilih orang awam dan dia akan keluar macam gambar no 5
Pilih Semakan Atas Talian – jadi masukkan no kad pengenalan korang. dia akan keluar dekat bawah tu. jawatan yang korang pilih tadi dekat Jobs Malaysia. Andai kata tak keluar, cek sehari selepas sebab kadang2 portal SPP perlukan masa untuk kemaskini.
Yang ni bonus sebab bagi sesiapa yang tak ada ijazah atau diploma pendidikan. Ai nasihatkan jangan lah apply jawatan Guru sbb jawatan guru selalunya memang khas bagi calon yang ada course pendidikan. Jadi apply lah jawatan bukan guru okay.

Tips penting: Rajinkan diri tengok Portal SPP, sebab dia akan selalu update hebahan jawatan kosong, bila dia ada buka jawatan kosong buka semula Jobs Malaysia utk kemaskini jawatan yg dipilih tu okay.

(Semasa Apply SPP)
Sebenarnya, dah apply SPP since last semester degree dekat uitm dulu, mengada sangat nak apply jawatan diploma degree, tak pernah dapat panggilan, lama sangat tunggu. Awal tahun ni, saja check semula jawatan tukarlah Pembantu Makmal guna spm je. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, tak sampai sebulan dapat panggilan temuduga.

 

(Semasa temuduga)
Pakaian , sijil2 , ic dan apa yang di minta masa temuduga tolonglah bawa, kalau jawatan spm pun, kalau ada sijil diploma ke ijazah korang lampirkan je. Tak jadi masalah pun.
Please kuatkan mental sebab panel ada dua orang, 1 panel 80% markah dan sorang lagi 20%. Jadi panel yang markah 80% akan psiko habis-habisan, Tolong jangan melenting balik atau lawan kalau kena psiko terok. Lagipun masa iv panel dah pesan, saya nak calon yang jawab menggunakan akal. nak bercakap kena fikir dulu jangan main sedap lepas je.
Actually dalam bilik temuduga, kita akan ditemuduga secara berkumpulan.
Buat pengetahuan korang, yang apply bukan umur2 baru habis SPM tau, ada yang dah kahwin ada anak, anak yang berumur 40-an pun masih layak tau dipanggil sebagai calon temuduga.

(Soalan apa yang dia tanya)
Panel 80% markah: Soalan nya sangat tak related dengan pekerjaan kita. Kena tahu hal semasa. Then bonus dapat panel kaki psiko, please ambil tahu jawatan korang pilih tu Gred apa, carta alir gred kena tahu dan soalan umum sangat2 yang remeh tapi korang tak pernah nak ambil tahu…
Panel 20% markah: Soalan berkaitan jawatan. Haritu dua soalan je dia tanya. Tugas pembantu makmal, dan apa itu Sains. hahaaaaaaaa

Kesimpulannya: Apa yang ditanya tak ada kena mengena dengan jawatan kita mohon. Jadi nasiblah kalau rezeki soalan yang akan dapat.

So apa2 rujuk terus portal SPP. Yang kedua, jangan putus asa. Percayalah, orang yang tak putus asa, mesti dapat ganjaran yang baik.

Credit to : www.ejawatankini.com

Nak tahu lebih tengok link ni : Klik Sini

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *