Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Akibat Terkesan COVID-19 – Loan Kereta/ Rumah/ Personal

Tahukah anda terdapat 17 bank yang menawarkan PAYMENT HOLIDAY bagi ansuran pinjaman rumah dan kereta sehingga 6 bulan untuk mengurangkan beban bagi mereka yang terkesan dengan gejala Covid-19.

Anda boleh merujuk maklumat seperti dibawah untuk mengentahui lebih lanjut. Mengikut laman web AIBIM Lain bank, lain tawaran serta prosedur yang digunakan. Dengan tawaran ini, anda boleh memohon melalui atas talian (online) atau melalui panggilan telefon.

Laman web ini akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai pembiayaan bank ini bagi rujukan anda.

Moratorium Pembiayaan Bank Sempena Wabak Covid -19

Apa itu moratium?

Moratium merupakan penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti mahupun denda.

Oleh itu, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi, rumah, kenderaan atau lain – lain selama 6 bulan.

Bayaran ansuran akan bersambung selepas tempoh moratorium tamat.

Bank Yang Terlibat

Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan ahli – ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia semasa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak covid 19 ini.

Antara bank yang telah rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka samada individu ataupun syarikat kecil dan sederhana adalah :

  1. Bank Rakyat
  2. SME Bank
  3. TEKUN
  4. Bank Simpanan Nasional
  5. Public Bank dan Public Islamic Bank
  6. RHB Bank dan RHB Islamic Bank
  7. Agro Bank
  8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
  9. Maybank dan Maybank Islamic
  10. Bank Islam Malaysia Berhad
  11. Bank Muamalat Malaysia Berhad

Cara Mohon Penangguhan Pembayaran Pinjaman

No.Institusi KewanganNombor untuk dihubungi
1.Association Of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM)03-20268002/8003
2.Affin Islamic Bank Berhad03-82302222
3.Agrobank1300-88-2476
4.Alliance Islamic Bank Berhad03-55169988
5.AmBank Islamic Berhad03-21788888
6.Bank Islam Malaysia Berhad03-26900900
7.Bank Muamalat Malaysia Berhad1-300-88-8787
8.Bank Rakyat1300-80-5454
9.Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-26113888
10.Bank Simpanan Nasional1300-88-1900
11.CIMB Islamic Bank Berhad03-62047788
12.Hong Leong Islamic Bank Berhad03-76268899
13.HSBC Amanah Malaysia Berhad1300-88-2626
14.Maybank Islamic Berhad1300-88-6688
15.MBSB Bank03-20963000
16.Public Islamic Bank Berhad1800-22-5555
17.OCBC Al Amin Bank Berhad03-83149310
18.RHB Islamic Bank Berhad03-92068118
19.SME Bank03-26037700
20.Standard Chartered Saadiq1300-88-8888

Sumber : AIBIM

Baca lagi : Cara Mohon Bantuan RM600 Sebulan untuk Pekerja yang Cuti Tanpa Gaji

Ada beberapa syarat-syarat yang diperlukan sebelum memohon, tetapi lain bank lain syaratnya, bergantung kepada bank masing-masing. Antara syaratnya adalah perlu sertakan sekali dengan slip gaji, pesakit covid-19 (bank tertentu), bidang yang terkesan seperti travel agency, perlu ada surat daripada majikan yang mengatakan pendapatan pekerja menurun, peniaga kedai makan atau beberapa syarat yang lain.

Setiap bank mengenakan syarat yang berbeza. Cuba telefon dahulu untuk dapatkan maklumat. Mana tahu permohonan anda lulus. InsyAllah.

credit: kerjaya.co

Iklan Permohonan

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *