Resepi Cendol Pulut Yang Paling Sedap

Resepi Air Cendol Pulut Yang Sedap

Bahan-bahan Untuk membuat Cendol

700 ml air pandan
2 susu besar tepung ubi
100 g tepung beras
Sedikit air kapur

Bahan-bahan: Untuk Cendol Pulut

200 g gula merah
100 g gula pasir
200 ml air 3 helai daun pandan
500 ml pati santan
Sedikit garam
200 g kacang merah (Ikut suka anda)
200 g jagung dalam tin (Ikut suka anda)
Ais secukupnya
Pulut siap ditanak

cendol pulut

Cara Membuat Air Cendol Pulut:

1. Pertama kali, beras pulut perlu direndam terlebih dahulu semalaman kemudian dikukus sehingga masak.
2. Satukan santan cair bersama garam kemudian direnjis di atas pulut kukus. Gaulkan rata dan ketepikan.
3. Kemudian, satukan gula merah bersama gula putih, air dan juga daun pandan.
4. Didihkan sehingga menjadi air gula pekat kemudian ditapis dan disejukkan.
5. Sebelum dihidangkan, campurkan cendol bersama air gula pekat, santan dan juga ketulan ais. Kacau sehingga rata.
6. Selepas itu, hidangkan bersama pulut yang telah dikukus apabila hendak makan.

Selamat mencuba di rumah!

 

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *