6 langkah Mudah Untuk Mendaftar & Mengaktifkan akaun i- Lestari KWSP

Penafian Rasmi : Sila buat permohonan di website rasmi di KWSP sahaja. Pihak kami hanya berkongsi info & cara untuk memudahkan anda saja. Tiada Istilah SCAM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media pada petang isnin telah mengumumkan skim i-Lestarikemudahan pengeluaran caruman akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam membantu meringankan beban ditanggung rakyat ekoran penularan wabak Covid-19 bermula 1 April ini.

Jadi bagi yang memilih menggunakan e-pengeluaran melalui i-Akaun KWSP anda sila pastikan anda mempunyai i-akaun . Jadi buat pencarum KWSP yang belum mendaftar, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran dengan segera.

Di bawah kami kongsikan langkah-langkah mudah dalam menbuat pengeluaran akaun 2 :

Cara Mendaftar & Mengaktifkan i-Akaun

Langkah ini hanya pada mereka yang TIDAK MEMPUNYAI I- AKAUN

1. Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk i-Akaun anda.

2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.

3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.

4. Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju

5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.

6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

Cara membuat permohonan melalui e-Pengeluaran KWSP – I Lestari

a) Log Masuk

Log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my. (jangan tekan sebarang link, type sendiri www.kwsp.gov.my adalah lebih selamaat)

b) e-Pengesahan identiti

Pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia)

c) e-Permohonan

Isi dang lengkapkan butiran permohonan (bagi i-lestari akan dibuka pada 1 April) dan hantar pengesahan identiti dengan memasukkan Transaction Authorisation Code (TAC) yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang anda gunakan semasa mendaftar dengan KWSP

d) e-Pemprosesan dan Kelulusan

Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran. Bagi i-lestari kalau anda cukup syarat awal dan amaun mencukupi dalam akaun 2 pasti tak menjadi masalah.

Jadi part anda sudah selesai . Anda cuma menungu wang tersebut dikreditkan kepada akau bank anda.

Anda boleh lihat infografik 6 langkah mudah yang dikongsikan KWSP bagi membuat e-pengeluaran di bawah :

Bagi anda yang inginkan penjelasan lebih mendalam mengenai i-Lestari boleh la berkunjung ke laman mereka www.kwsp.gov.my

You May Also Like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *