Semak Kelayakan Dekoder MYTV Percuma Untuk Penerima BSH 2020 – Semakan & Tuntutan

Tahukah anda sebagai penerima Bantuan Sara Hidup BSH 2020 anda layak untuk menerima set dekoder MYTV percuma.

Semakan boleh dibuat di portal rasmi MYTV Broadcasting di sini.

Selain pemberian dekoder ini, penerima BSH juga akan menikmati subsidi petrol bermula awal tahun depan.

Melalui dekoder ini, anda boleh menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Lebih 2 juta rakyat Malaysia akan menerima dekoder ini yang berharga RM300 dan akan diagihkan kepada golongan B40 terutama yang menetap di kawasan pedalaman.

Sekiranya anda layak, pihak MYTV akan menghantar set dekoder ini terus ke rumah anda.

Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.

Sebelum itu mohon anda LIKE page kami untuk perkembangan selanjutnya.Link berikut adalah : Page Jawatan Kosong Kerajaan

Siaran myFreeview

Antara saluran yang ditawarkan dalam myFreeview termasuklah:

  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel

Selain TV, myFreeview turut menawarkan saluran radio seperti:

  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM

Lebih banyak siaran akan ditambah dari semasa ke semasa tanpa sebarang caj.

Pemasangan Dekoder MYTV

Selepas ini Malaysia akan beralih kepada siaran digital sepenuhnya dan pihak MYTV Broadcasting. akan mengedarkan dekoder kepada penerima secara berperingkat bermula Januari 2019 melibatkan 2 juta penerima BSH.

Sebelum ini telah lama siaran Malaysia adalah dalam bentuk TV Analog dan telah di tamatkan sekitar bulan MAC 2019.

Antara kelebihan siaran digital ialah:

  • Resolusi gambar yang lebih jelas
  • Audio yang berkualiti tinggi
  • Tanpa bayaran bulanan
  • Penambahan perkhidmatan dan siaran TV

CARA MENGAKSES MYFREEVIEW

Berikut cara-cara untuk mengakses siaran digital myFreeview.

#1 – Dekoder MYTV

Sekiranya anda menggunakan set TV biasa, anda perlukan dekoder MYTV untuk mengakses siaran digital myFreeview.

Anda perlu sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.

#2 – IDTV

Sekiranya anda menggunakan IDTV, anda hanya perlu sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda.

Sekiranya masih gagal mengakses siaran digital ini anda boleh hubungi mana-mana pemasang berdaftar berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi MYTV Broadcasting di http://www.mytvbroadcasting.my

Permohonan Online status

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *