TNB beri Diskaun 50% Bil Elektrik Sepanjang Perintah Kawalan PKP.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghulurkan sumbangan RM150 juta bagi menyokong pengumuman kerajaan memberi rebat elektrik berperingkat untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata rebat elektrik berperingkat itu akan disubsidi secara bersama oleh kerajaan, TNB serta dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

“TNB menyokong penuh usaha kerajaan untuk meringankan beban isi rumah yang terjejas dan komited untuk menyalurkan dana dengan inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata TNB telah menyumbang RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan untuk membantu menambah bekalan perubatan yang semakin berkurangan, terutamanya di institusi perubatan dan kesihatan negara yang menjadi barisan hadapan negara dalam menangani COVID-19.

Baca Lagi: TUTORIAL Cara Memohon Internet Prihatin Percuma setiap Telco Di Malaysia bermula 1 April 2020

Baca lagi: Tiada Bil Fizikal Dihantar Ke Rumah, Semak Bil Elektrik Secara Online Di Aplikasi Dan Laman Web-TNB CareLine

Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rebat berperingkat untuk bil elektrik antara 15 peratus dan 50 peratus bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, dengan hampir 90 peratus pengguna kediaman di Semenanjung Malaysia secara automatik akan menerima rebat itu yang bermula 1 April hingga 30 September.

Katanya di bawah rebat berperingkat itu, tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowatt sejam (kWh) akan menerima rebat 50 peratus, manakala 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh akan menerima rebat 25 peratus dan 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh akan menerima rebat 15 peratus.

Potongan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan bermula bil April tahun ini.

Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.

Mengikut skim rebat berperingkat itu, tiga juta pengguna domestik (penggunaan bulanan bawah 200kWh) akan menerima rebat 50 peratus manakala 1.5 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh) menerima rebat 25 peratus; dan 2.2 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh) menerima rebat 15 peratus.

Rebat elektrik ini akan disubsidi secara bersama oleh kerajaan, TNB serta dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Mereka dalam kumpulan B40 akan mendapat manfaat daripada kadar rebat tertinggi sebanyak 50 peratus yang akan tertera dalam bil elektrik mulai Mei.

sumber: BERNAMA

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *