
Ini adalah amalan-amalan sunnah yang Rasulullah contohkan pada kita. Antaranya adalah mengenai hal tidur. Walaupun tidur adalah hal yang sangat mudah, tetapi dibalik fungsi tidur sangat penting sekali dan banyak sekali aspek kesihatan.
Berikut adalah amalan sunnah Rasulullah SAW yang sepatutnya kita amalkan.
1. Berwudhu sebelum Tidur
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR Bukhari dan Muslim)
Di dalam hadist di atas menjelaskan bahawa sebelum tidur sangat dinasihatkan untuk berwudhu. ini kerana selain menjaga kesucian, saat tidur juga dapat memberikan kesegaran pada diri kita sebelum tidur.
2. Tidur Dengan Posisi Ke Kanan
Mengenai masalah posisi tidur yang tepat Rasulullah memberitahu dalam beberapa riwayat hadist berikut. antaranya adalah, “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).Tidur berposisi ke kanan juga dikatakan sebagai posisi tidur yang sihat menurut para pakar kesihatan. Hal ini kerana ia membantu proses detoks dan melancarnya pernafasan manusia.
3. Meletakkan Tangan Kanan Di Pipi Kanan
Riwayat ini menyatakan bahawa, untuk tidur berbaring ke kanan. Hadist juga meriwayat, dan isi riwayatnya adalah, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
4. Jangan Tidur dengan Posisi Tengkurap
Posisi tidur menurut islam ternyata juga sangat penting untuk dilakukan. Mengenai masalah posisi tidur, Rasulullah juga melarang tidur dalam posisi yang tengkurap. Jika dilihat dari aspek biologi dan kesihatan, tidur tengkurap dapat menggangu kerja jantung dan pernafasan. Hal ini disampaikan dalam hadist,
“Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR Abu Dawud)
5. Membersihkan Tempat Tidur
Sunnah Rasul ini menunjukkan bahawa sebelum tidur hendaklah kita menjaga kebersihan tempat tidur. Kerana tempat tidur yang kotor atau terhindar dari habuk boleh menggangu pernafasan boleh sekiranya terdapat banyak debu atau bakteria. Selain itu kotornya tempat tidur dapat mengganggu kesehatan kulit kita.
“Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karena ia tidak tahu apa yang ada di atasnya…”. (HR. Bukhari dan Muslim).
6. Tidur Sesegera Mungkin Setelah Waktu Isyak
“Rasulullah shallallahu ‘allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (sholat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam hadist ini disampaikan bahawa hendaknya kita tidur setelah melaksanakan solat Isyak. Walaupun solat isyak memiliki waktu yang panjang, jika kita lambat mengerjawak solat Isyak mungkin akan menyebabkan kita terlupa.
7. Melaksanakan Solat Witir
“Kekasihku iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewasiatkan kepadaku tiga wasiat: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha, (3) mengerjakan witir sebelum tidur.”(HR. Bukhari)
Selain solat isyak, wajib sebelum tidur, Rasulullah juga menyarankan untuk melaksanakan solat witir sebelum tidur. Solat witir sangat baik dilakukan karena selain mendapatkan pahala dari Allah, ia juga menenangkan diri ketika tidur disamping melakukan doa sebelum tidur. Solat witir atau Solat Malam sebelum tidur akan lebih baik jika dilanjut dengan solat tahajud.
8. Membaca Doa Sebelum Tidur
Membaca doa sebelum tidur juga dapat memberikan ketenangan dan juga menjadikan tidur sebagai satu ibadah yang kita lakukan. Untuk itu, Rasulullah mengajarkan doa sebelum tidur yang disampaikan dalam riwayat hadist berikut.
Dari Hudzaifah, ia berkata, “Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan: ‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku ma ti dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: “Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mema tikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).” (HR. Bukhari)
9. Meniup Telapak Tangan
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari)
Hadist diatas menunjukkan bahwa maksudnya meniup telapak tangan bukan sekadar meniup, namun juga memiliki makna doa dan dzikir yang ditujukan kepada Allah SWT. J
10. Membaca Ayat Kursi
Membaca ayat kursi sebelum tidur juga disampaikan oleh Rasulullah dalam riwayat hadist berikut, “Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi karena dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi“. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendus ta. Dia itu syaitan“. (HR. Bukhari)
Sebetulnya selain membaca ayat kursi kita juga boleh membaca ayat-ayat Al-Quran lainnya yang sesuai dengan konteks dan keperluan kita.Antara Surah yang selalu di amalkan ialah dengan membaca surah Al- Mulk. dan selain itu diperbolehkan membaca ayat-ayat lainnya, surah-surah pendek, yang kita hafal demi menandakan bahawa kita sentiasa mengingati Allah.