Cara Permohonan Bantuan Geran Khas Prihatin PKS RM3000 untuk Syarikat Mikro

Geran Khas Prihatin diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu inisiatif bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Geran khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

Untuk mendapatkan bantuan RM3,000, perniagaan anda mestilah

      •  Pendapatan tahunan tidak melebihi RM300,000
      • Pekerja sepenuh masa mestilah kurang daripada 5 tahun

Di samping itu, bantuan satu masa ini hanya akan diedarkan kepada syarikat mikro yang telah didaftarkan dengan SSM Dan ada berdaftar dengan LHDN

Pendaftaran permohonan dibuka sehingga 15 Mei 2020. Kepada yang ingin memohon bolehlah layari Pautan dibawah

Sesiapa yang ada SSM dan masih aktif berniaga boleh memohon geran GKP. Mana tahu ada rezeki. Daftar guna kad pengenalan dan automatik ada jika SSM kita masih aktif.

Sila rujuk gambar untuk penerangan.

Para peniaga yang ada ssm boleh cuba untuk memohon yer. Semoga Berjaya

Klik Disini Untuk untuk memohon

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *