Geran RM5000 PKS, Mohon Sekarang Bagi Meluaskan Peluang Perniagaan Online 2021

Hampir lebih setahun kita menghadapi pandemik Covid-19, semua pihak terkesan ini juga termasuk ekonomi Malaysia dan seluruh dunia makin lumpuh.

Tentu saja yang terkesan dengan situasi berkenaan adalah usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Langkah dalam menaik taraf dalam penggunaan digital dalam perniagaan mampu untuk meningkatkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh usahawan dan PKS di luar sana.

Akan tetapi ramai juga di antara mereka yang masih tidak melakukan hal tersebut kerana takut akan kekurangan sumber kepakaran serta tenaga yang terhad berbanding yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.

Bagi syarikat multinasional, pada kebiasaannya sudah memiliki bahagian yang tertentu untuk melakukan semua aspek di dalam perniagaan termasuk teknologi maklumat, pembangunan strategi serta pelan jangka masa panjang.

Maxis menyedari akan masalah dan situasi ekonomi yang dihadapi oleh PKS, di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah memperkenalkan Geran Digitalisasi PKS. Hal ini bagi membimbing usahawan PKS dalam meningkatkan prestasi dan digitalisasi perniagaan mereka.

Maxis telah menyediakan penyelesaian kepada usahawan PKS yang terkesan dengan menawarkan perkhidmatan mereka melalui rangkaian produk terluas yang tidak melibatkan orang ketiga atau pihak yang lain.

Untuk penyelesaian seumpama ini tidak banyak yang ditawarkan terutama di Malaysia. Tetapi pihak Maxis telah mengambil inisiatif untuk melaksankannya kerana mempunyai sumber serta kepakaran perkhidmatan digital untuk sesebuah perniagaan.

Pihak usahawan PKS juga disyorkan tentang produk yang diinginkan di samping untuk emmbantu mereka dalam memohon pinjaman geran ini. Hal ini bagi meneruskan kelangsungan mendepani saat mencabar ini.

Sepanjang Perlaksanaa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu, banyak kita lihat peniaga yang gulung tikar terutama sektor makanan dan minuman (F&B) dan ada juga perniaga yang terpaksa mengecilkan operasi mereka bagi mengurangkan kos mereka disebabkan pendapatan yang diperoleh tidak dapat menampung jumlah yang besar.

Untuk kekal berdaya saing dalam perniagaan, usahawan PKS terpaksa beralih arah dalam penggunaaan teknologi dan melakukan inovasi operasi perniagaan.

Selian itu juga, Maxis telah mencipta Cloud Point-of-Sales (POS) Lite. Hal ini kerana untuk membantu industri F&B dalam menyelaraskan pembayaran dan penghantaran hanya di dalam sebuah platform.

Bukan itu sahaja, hal ini dapat meningkatkan perniagaan dan memperbanyakkan pelanggan dan mendorong lebih banyak penjualan tanpa bayaran komisen untuk setiap pesanan di dalam talian.

Dalam pada itu, berkongsi pengalaman semasa PKP, Pengarah MGFB Trading Sdn Bhd, Jennifer Lam berkata, dengan adanya Digital Marketing Starter Kit yang diperkenalkan oleh seorang perunding Maxis Business, syarikat dapat memanfaatkan teknologi untuk mengekalkan produktiviti, mencapai sasaran jualan serta kesinambungan perniagaan.

Bukan itu sahaja dengan adanya platform digital ini dapat sedikit sebanyak menjimatkan masa pekerja kerana untuk mengendalikannya tidak perlu kakitangan pemasaran pun untuk menguruskannya. Dengan adanya sistem e-SMS automatik, ianya dapat memudahkan pihaknya untuk menghubungi pelanggan yang sedia ada dan baru.

Menurut seorang pengguna yang dikenali sabagai Mohd Nazri iaitu pemilik Warung pojok, norma baharu ini telah memperlihatkan trend pelanggan yang lebih suka melakukan pembelian di atas talian kerana mengkhuatiri tentang virus yang sedia ada ini.

Walau bagaimanapun, jika capaian internet lemah boleh mendatangkan kerugian dan bagi mengekang permasalahan tersebut, beliau telah melanggan Maxis Business Postpaid dan Fibre.

GERAN DIGITALISASI PKS RM5000

Katanya, dia dapat menyelesaikan pesanan dalam masa yang terdekat dan berhubung dengan pembekal dan pelanggan dengan panggilan serta SMS tanpa had.

Maxis juga menawarkan jalan penyelesaian Maxis SME Help Squad kami sedia membantu anda menuntut dana sebanyak RM5,000 dari Geran Digitalisasi PKS dan banyak mendatangkan manfaat sekiranya mendaftar dengan Geran Digitalisasi PKS Maxis.

PKS berminat untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi PKS Maxis, boleh mengunjungi pusat Maxis berhampiran atau KLIK DISINI

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *