
Penafian Rasmi : Sila buat permohonan di website rasmi di KWSP sahaja. Pihak kami hanya berkongsi info & cara untuk memudahkan anda saja. Tiada Istilah SCAM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media pada petang isnin telah mengumumkan skim i-Lestari, kemudahan pengeluaran caruman akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam membantu meringankan beban ditanggung rakyat ekoran penularan wabak Covid-19 bermula 1 April ini.
Jadi bagi yang memilih menggunakan e-pengeluaran melalui i-Akaun KWSP anda sila pastikan anda mempunyai i-akaun . Jadi buat pencarum KWSP yang belum mendaftar, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran dengan segera.
Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat rasmi dari portal KWSP (rujukan).
Semakan Online tiada kena mengena dengan mana-mana agensi Kerajaan di Malaysia.
Kami hanyalah blog informasi yang menyediakan maklumat lengkap berdasarkan fakta yang diperoleh dari portal rasmi Kerajaan.
Untuk tutorial cara memohon pengeluaran secara online, boleh rujuk tutorial ini.
Baca: Cara Daftar i-Akaun Untuk Check Penyata KWSP Online
Soalan Lazim i-Lestari KWSP
- Seperti dimaklumkan Perdana Menteri, ahli boleh memohon pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020.
- Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).
- Namun ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli.
- Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.
- Pengeluaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun sahaja iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021.
- Bayaran akan mula dibuat pada Mei 2020.
Cara Memohon
Terdapat tiga cara ahli boleh mengemukakan permohonan.
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
- Secara e-mel kepada [email protected] (Borang akan dimuat naik); ATAU
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
Ahli perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.
Siapa Yang Layak Mohon?
Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya untuk golongan berikut:
- Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
- Berumur bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2
Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my
Semakan Status I-Lestari di Sini