
Iklan Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah Lepasan SPM
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM GURU TAJAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA :
Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.
- (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)
- Calon mesti sihat tubuh badan.
- Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus satu subjek lain
- Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).
- Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.
- Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:
- Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Khas
- Bahasa Arab
- Pendidikan Muzik
- Sejarah
- Pendidikan Jasmani
- Rekabentuk dan Teknologi
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Bimbingan dan Kaunseling