
Pastinya di peti ais rumah kita, pasti ada tersimpan ubat-ubat lama seperti ubat demam, ubat sakit kepala, ubat selsema dan lain-lain. Kebiasaannya kita akan menyimpan baki ubat yang telah digunakan sebelum ini di dalam peti ais dan beranggapan bahawa ubat itu tahan lama dan boleh digunakan untuk masa kecemasan akan datang.
Tapi tahukah anda sebenarnya ubat-ubat lama yang disimpan dalam peti ais boleh mendatangkan risiko kesihatan. Ikuti perkongsian Dr. Taufiq Razif yang berkongsi tentang bahaya jika simpan ubat-ubatan dalam tempoh yang lama di dalam peti ais.
Bahaya Simpan Ubat Demam Lama Sangat
Saya perasan kalau saya buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak.
Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.
Kenapa ya?
Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.
Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.
Berapa lama je boleh simpan?
Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!
p/s : Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selsema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.
Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.
Sumber dari Facebook Dr Taufiq Razif
Suka Artikel Ini jangan lupa SHARE yer