
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal www.kerjayabaru.com hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.
JAWATAN : PEGAWAI SAINS (MIKROBIOLOGI) GRED C41
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha untuk membuat pengambilan
Pegawai Sains (Mikrobiologi) Gred C41 secara kontrak (Contract of Service) bagi tempoh
satu (1) tahun untuk membantu menangani pandemik COVID-19.
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak
melebihi 50 tahun.
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan
lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
4. Memandangkan pengambilan ini adalah sebagai petugas kesihatan bagi
membantu dalam menangani wabak COVID-19, calon hendaklah mempunyai
tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada
masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, Asthma, Chronic
Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus (DM), Hypertension
(HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan, tidak mempunyai
penyakit berjangkit dan sebagainya.
5. Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik
kesihatan kerajaan di seluruh negara yang melibatkan pelbagi kategori pesakit
termasuk pesakit COVID-19.
6. Sedia bertugas secara bergilir (syif)/ lebih masa/ luar waktu pejabat, hari
kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan.
7. Lulus tapisan panel temu duga dari pihak KKM
NOTA PENTING
Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh
permohonan, maka permohonan calon dianggap tidak berjaya.
MOHON DI SINI