
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal www.kerjayabaru.com hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- PASUKAN SUKARELAWAN POLIS (SSPDRM)PENGAMBILAN ANGGOTA BARU SSPDRM NEGERI PERLIS TAHUN 2021Menyertai Pasukan Sukarelawan Polis (SSPDRM) merupakan satu cara yang baik bagaimana masyarakat mengambil bahagian dalam penguatkuasaan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan harta dan nyawa kawasan setempat. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota polis.Anda berumur 18 – 45 tahun serta seorang kakitangan awam, pekerja swasta, ahli perniagaan, atau bekerja sendiri adalah layak untuk memohon. Elaun bulanan, elaun pakaian, latihan penggunaan senjata api serta lain-lain lagi disediakan.Pemohon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.
Ayuh kita memberi sumbangan kepada negara dengan menjadi anggota SSPDRM bagi membantu pihak PDRM menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara.
Syarat Permohonan
*Taraf Kewarganegaraan
*Warganegara Malaysia
*Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
*Ukuran badan
Lelaki – Tinggi 162cm (5′ 4″). Lilitan dada 81cm/86cm (32″/34″).
Berat badan tidak kurang 48kg
Wanita – Tinggi 152cm (5′). Berat badan tidak kurang 43kg
*Penglihatan & Pendengaran
Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9
tanpa cermin mata, tidak buta warna dan dan pendengaran
yang baik
*Kelulusan Akademik minimum SPM
Lain-lain kelayakan :
1.Mempunyai pekerjaan tetap.
2.Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk
berkhidmat
3.Bermastautin di dalam lingkungan 18 km dari balai polis daerah
yang dipohon.
4.Bersih dari sebarang rekod Jenayah/Cawangan Khas
5.Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang
boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat
6.Pekerja-pekerja dari kumpulan ‘key personnel’ seperti hospital,
TNB, Telekom, pengawal keselamatan (Badan
Berkanun/Kerajaan/Swasta) tidak layak memohon
Sila Klik Di Pautan ini Untuk Memohon