Jawatan Kosong Zakat Pulau Pinang 2020

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh Pejabat Zakat Pulau Pinang. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal kerjayabaru.com hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Zakat Pulau Pinang
  • Lokasi Kekosongan : Pulau Pinang
  • Kelayakan : SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan: 14 FEB 2020
  • Sektor : BERKANUN
  • Status: Tetap/Kontrak

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan sebagaimana berikut :-

  • EKSEKUTIF (JURUAUDIT DALAMAN)
  • EKSEKUTIF (PENGURUSAN KUALITI)
  • EKSEKUTIF (PROGRAMMER)
  • PENOLONG EKSEKUTIF (PENDIDIKAN)
  • PENOLONG EKSEKUTIF (PERAKAUNAN)
  • PENOLONG EKSEKUTIF (JURUKUR BAHAN)
  • PENOLONG EKSEKUTIF (DAKWAH KORPORAT)
  • KERANI (RECEPTIONIST/TELEFONIS)
  • KERANI (KEBAJIKAN ASNAF)
  • KERANI (PEMBANGUNAN ASNAF)

Syarat Asas Permohonan

Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon

Cara Memohon

1. Calon yang berminat dan memenuhi semua syarat-syarat, sila kemukakan:
i. Borang Permohonan Kerja yang boleh dimuat turun di laman web
http://www.zakatpenang.com atau boleh diambil di ibu pejabat Zakat di Pulau
Pinang. ( LIHAT IKLAN DI BAWAH)
ii. Mengemukakan Borang Permohonan Kerja dengan resume dengan Curriculum
Vitae terbaru (CV) yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik
(sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar
bersaiz pasport. Sila nyatakan gaji terkini dan gaji yang dipohon.
2. Hanya permohonan yang lengkap akan diterima.
3. Permohonan yang berikut akan ditolak :
i. Tidak lengkap atau tidak terang.
ii. Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak disahkan oleh Pegawai yang
berkelayakan.
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki.
iv. Tidak disertakan gambar berukuran pasport atau salinan dokumen yang diperlukan.
v. Tidak ditandatangani.

Permohonan Dikemukakan Kepada:

PENGURUS BESAR
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
ZAKAT PULAU PINANG
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Semua permohonan adalah sulit dan hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja
akan dipanggil temuduga. Permohonan mestilah sampai kepada pihak kami sebelum atau
pada 14hb Februari 2020 (Jumaat).

Permohonan Online 

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *