
Seperti yang kita sedia maklum, doktor dan jururawat adalah orang yang paling sibuk buat masa sekarang ini dalam menghadapi wabak Pendemik virus COVID-19 yang sangat merbahaya. Satu dunia telah dikejutkan dengan wabak ini
Kejadian malang dan melampau ini telah berlaku kepada seorang jururawat yang bernama Clara Serrano yang berumur 31 dan bekerja di sebuah hospital di Madrid, Sepanyol.
Sangat kejam dan biadap, Itulah yang boleh dikatakan sikap tuan rumah yang disewa oleh jururawat ini selepas beliau dan rakannya dihalau keluar serta merta dari flat yang disewanya sebeum ini selepas jururawat itu disahkan positif virus COVID-19.

Beliau yang baru sahaja berpindah ke Bandar Madrid untuk bekerja disana pada 11 Mac dan mula bekerja 12 Mac kemudian telah disahkan positif virus tersebut pada 23 Mac.\
Menurut Serrano lagi beliau cuba menjelaskan kepada tuan rumah bahawa beliau akan keluar dan memerlukan sedikit masa tapi tuan rumah tidak mengendahkannya dan memaksanya keluar dari flat yang disewanya dengan segera.
Selepas dipaksa dan dihalau keluar sebelum mendapatkan bilik di Hotel Marriot Auditorium yang telah diubahsuai menjadi pusat perubatan sementara. Beliau telah tidur di dalam keretanya selama beberapa malam
Pendapat: Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku kerana doktor dan jururawat sekarang sedang berhempas-pulas untuk merawat pesakit yang menghisapi virus COVID-19 ini. Dan mereka adalah orang yang mudah untuk dijangkiti virus ini.
Memang kita semua patut takut kepada virus ini tapi sepatutnya tuan rumah kena bertolak ansur dan memberi masa kepada jururawat tersebut.
Sumber: Jawatanmalaysia.net