Di Gelar “KLUSTER KAYANGAN”.Selepas Acah Diva Dengan Frontliner, Kluster Overseas Maki Staf Hotel Kuarantin Pula

Kini di media sosial panas membincangkan mengenai sikap “demand” tak kena tempat yang ditunjukkan oleh kluster baru ini. Bukan satu atau dua orang, malahan ramai staf kesihatan membuat pendedahan tersebut melalui Facebook mereka termasuklah petugas wanita ini. Hal itu telah dikongsikan semula ke Twitter salah seorang rakannya sehingga mengundang kemarahan ramai.

Kredit Foto : BH Online

Mereka ini Digelar sebagai ‘kluster kayangan’ dan berlagak diva, itulah luahan hati yang keluar daripada kebanyakan petugas kesihatan selepas menerima kepulangan rakyat Malaysia dari luar negara. Sewaktu berada di negara luar, ramai merayu kepada pihak kerajaan agar dibawa pulang kerana risau dengan penularan COVID-19 yang berlaku di sana. Tapi setelah ditunaikan, lain pula sikap yang ditunjukkan mereka.

 

Perlu menguruskan sekumpulan individu yang baru pulang dari negara Indonesia, kesabarannya seakan-akan teruji kerana mereka sukar mendengar arahan. Bahkan apabila disuruh mengamalkan penjarakan sosial, ada yang memerli semula teguran daripada petugas. Meskipun bilik kuarantin sudah ditetapkan sebaiknya, kluster berkenaan ‘merengek’ agar kemahuan mereka dituruti sepenuhnya.

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *