Kongsi Berus Gigi Dan Pinggan Jadikan Pasangan Lebih Akrab dan Jarang Bergaduh

Ini 9 cara untuk membahagiakan hubungan anda suami isteri.

1. Tiada Rahsia Antara Suami Isteri

Bila dah berumah tangga ini. Benda kecil seperti keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti hendak berpoligami pun, biarlah berterus terang pad isteri tu.
Namun perlu diingat, untuk tidak menyimpan rahsia ini kita kena ada ilmu. Kena tahu dan belajar cara bersembang dan berbicara dengan isteri hal sensitif dengan isyeri anda..
Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang sidai baju di ampaian pun tiba-tiba suami sebut, “abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain dan harap ayang terimalah yer..” Kan cari nahas tu..! tak pasal-pasal kan melayang pinggan mangkuk semua nanti.

2. Hargai Pasangan dan Terima Kekurangan Masing-masing

Sebarang bentuk nasihat, peringatan,pertolongan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan/isteri, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas. Setiap orang yang dilahirkan dan dibesarkan dalama suasana dan keluarga yang berbeza dan sudah semestinya cara pasangan kita juga tidak sama dengan cara kita dari segi pelbagai bentuk dan perangai. Apatah lagi bila bab percakapan,cara memasak, cara urus dapur makanan kegemaran, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan!
Apa yang paling penting kita kena sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah. Pada masa yang sama, utamakan perbincangan jika ada sesuatu yang tidak puas hati. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang banya kali pun, teruskan memberi nasihat dan memberi masa padanya untuk berubah.
Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.itu zalim namanya.

3. Kenal Allah engan lebih mendalam. Solat 5 waktu Jangan Tinggal

Cuba luangkan masa bersama untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan anda untuk solat berjemaah. Elakkan perasaan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan untuk memujuk di samping berdoa selalu pada Allah.
“Ya Allah,Kau bukalah pintu hati pasanganku untuk mendengar nasihat ku dan dapat solat berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…Amin”
Berusahalah untuk mengenal sang pencipta Allah s.w.t, insya-Allah , Allah akan bukakan pintu hati kita untuk kita kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri kita sendiri dahulu.
Mengenali diri kita supaya akan sentia membuat yang terbaik untuk pasangan anda.

4. Berkongsi Pinggan & Berus Gigi.
Ini petua kebahagiaan yang paling mudah, murah dan menjimatkan untuk dilaksanakan.
Bagi penggeli atau yang terlalu pembersih, anda mungkin perlukan sedikit masa. Yang penting anda ada usaha ke arah pelaksanaan amalan ini.
Jika anda tanya doktor di manakah logiknya, mungkin mereka akan jawab pemindahan enzim yang berlaku akan membentuk keserasian dalam hubungan suami isteri.
Jika anda tanya doktor falsafah, mungkin mereka akan jawab suatu usaha ke arah keserasian akan membuka keserasian lain.
Jika anda tanya saya, pengalaman memaksa saya untuk bersetuju dengan petua ini! ^_^

5. Susah Senang Sendiri dan Elak Campur Tangan Orang Tua

Jika anda mengalami sebarang masalah sperti masalah kewangan, elakkan daripada terus bercerita kepada orang tua atau mertua. anda cubalah untuk berusaha menyelesaikan sendiri.
Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka. Lebih menyedihkan lagi, anda mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan anda, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri. jadi beringatlah sebelum hendak berkongsi sesuatu sama ada pada orang tua kita.

6. Tekankan Solat Dhuha setiap hari 

Dhuha itu bersifat melapangkan. Amalkan solat sunat dhuha setiap hari dan lihat kelapangan yang anda rasai.. InshaAllah Allah akan sentiasa menjaga dan memberi rahmat pada hambanya.
Bukan sekali atau dua kali, tapi buatlah banyak kali, sehingga anda rasa ia adalah suatu kemestian. Jika tak buat, anda akan rasa gelisah dan tak senang duduk.

7. Wajibkan Membaca Quran setiap hari tanpa henti

Seorang huffaz kena baca sekurang-kurangnya 2 juzu’ Al-Quran sehari. Jika bukan huffaz, usahakanlah baca sekurang-kurangnya sehelai (2 muka) sehari atau sebanyak mana yang termampu untuk kita konsisten.
Sekiranya ada impian untuk anak-anak menjadi huffaz, usahakan juga hafal bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk menghafal. Dorongan ibu bapa sangat penting dalam kejayaan anak-anak.

8. Mohon Doa Ibu Bapa & Mertua kerana Doa mereka tiada Hijab
Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga. Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga sama ada dunia mahupun akhirat

9. Sentiasa Sihat & Bertenaga

Pastikan pasangan dan anak-anak mendapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang seimbang dan elakkan makan makanan segera, dalam tin, pes, makanan ringan dan sebagainya.
Selain itu, amalkan juga makan vitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi keluarga anda. Sekurang-kurangnya makan vitamin asas seperti multivitamin, Vita C dan folik asid.
Aktiviti seperti senaman dan riadah juga bagus untuk kesihatan anda. Apabila tubuh badan sihat, maka kita pun akan lebih bertenaga untuk melakukan apa jua aktiviti bersama keluarga.

Sumber: Soleh.net

Baca Lagi

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *