VIRAL: Kerana Takut Lelaki Ini Shopping Memakai Plastik Sampah Ketika Ke Pasaraya.

Kita semua sedia maklum Malaysia turut sama terkesan dengan wabak Virus Covid-19 yang melanda serata dunia dan ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang mudah. Ia dikategorikan sebagai pandemik, virus ini telah tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat dan statistik kematian yang semakin meningkat.

Dengan itu Malaysia telah mengambil langkah peraturan berjaga-jaga. Antara peraturan yang ditetapkan adalah hanya ketua keluarga yang hanya dibenarkan keluar membeli barangan keperluan. Biarpun begitu sudah tentunya ketua keluarga ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak diri dari dijangkiti.

Terbaru seorang lelaki yang bekerja sebagai jurutera telah keluar membeli barangan dengan memakai plastik sampah yang dijadikan baju perlindungan. Menurut laporan media tempatan, lelaki yang bernama Zamakhyari Khairiri itu mengambil langkah memakai plastik sampah sebagai baju perlindungan untuk melindungi dirinya dari jangkitan Covid-19.

Lelaki tersebut yang juga melengkapkan diri dengan memakai topeng muka, cermin mata google ski dan berkasut but getah sebagai perlindungan dirinya.

Menurutnya yang tinggal di Kampung Bukit Payong, Kuala Terengganu, ada yang memandang pelik dengan pemakaian plastik jadikan baju perlindungan itu namun dia tidak mengambil kisah asalkan dirinya berasa selamat bila berada di tempat awam.

Beliau juga berkata lagi untuk lengkap berpakaian sebegitu dia memerlukan masa lebih kurang 10 minit dengan dibantu oleh anak-anaknya.

Dalam pada itu Zamakhsyari turut menasihati masyarakat supaya terus mematuhi arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebagai penduduk negara ini, kita perlu akur dan terus mematuhi apa-apa arahan kerajaan bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-19) ini.

“Sekiranya usaha ini tidak mendapat kerjasama, agak sukar untuk kita memulihkan kembali keadaan dalam negara kita seperti sedia kala.

“Kasihanilah mereka yang berkorban masa dan tenaga demi menjamin keselamatan kita semua,” katanya.

Apa-apa pun cukup kreatif cara yang dilakukan lelaki ini untuk melindungi dirinya dan keluarga tersayang. Jika mendengarkan kata-kata orang memang tidak akan jadi apa-apa, yang penting objektif utama tercapai.

Sumber: Sinar Harian

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *