Lembutkan Hati Anak Dan Pasangan Dengan Doa Basuh Beras Ini

Basuh Beras Baca Doa Ni. Lembutkan Hati Anak & Pasangan. Rumah Tangga Pun Bahagia

Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar pasti sekali-sekala terdetik di hati kenapa susah sangat anak nak dengar cakap. Adakah kita tahu rutin harian membasuh beras yang dilakukan itu sebenarnya rahsia paling mudah nak jadikan anak-anak lembut hatinya dan menjadi soleh dan solehah.

Tapi sebelum anda sering menyalahkan anak kerana sikapnya sedikit degil atau keras kepala sebagai ibu bapa kena teliti cara anda melayan dan mendidik mereka. Adakah terlampau garang atau terlalu dimanjakan?

Perkongsian dari Facebook Ustaz Abdullah Khairi dia memberi tip paling mudah nak diamalkan hanya dalam beberapa minit saja.

Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita  membasuh beras sebelum ini. Adakah ianya sempurna atau hanya sekadar basuh sahaja..?

Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam. Kadangkala kita lupa nak buat. Jadi sangatlah rugi jika tak diamalkan. Ok mulai hari ini apa kata setiap kali nak membasuh beras jadikan doa ini satu amalan kerana banyak sangat manfaatnya.

Bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi boleh juga lembutkan hati pasangan dan diri ibu sendiri pun sentiasa berada dalam keadaan tenang. Ini juga yang selalu di pesan Rasulullah SAW doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.

  1. Genggam beras.
  2. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
  3. Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa ini dan tiuplah pada beras tersebut. – “Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagaimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi”.
  4. Cuci dan gaulkan beras arah lawan jam
  5. Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan itu pada anak-anak dan pasangan.
  6. Sambil membasuh beras boleh juga berselawat kerana ia turut menjadi pelindung yang baik untuk seluruh ahli keluarga.Sumber: Ustaz Abdullah Khairi Page Original

    Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *