INFO: Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP anda? Ikuti Langkah Ini Untuk Dapatkan Semula.

Macam mana nak buat semakan penyata KWSP secara online?

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

i-Akaun membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Terkini, pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dimohon bermula 1 April melalui i-Lestari KWSP.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

Adakah anda salah seorang yang lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP anda? Kalau anda telah lupa diharapkan jangan panik. Relaks dan tenang. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah untuk mendapatkan semula akses i-Akaun anda.

PENDAFTARAN I-AKAUN

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

TERLUPA KATA LALUAN

Untuk anda yang terlupa kata laluan, sila ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari portal rasmi kwsp.gov.my
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun
  3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan
  4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP
  5. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC
  6. Masukkan nombor TAC yang diterima tadi
  7. Cipta kata laluan baru contoh abcd1234
  8. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

Bila dan dapat akses jangan lupa pastikan i-Akaun anda dikemaskini dengan segala butiran yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda kelak.

Atau Ikuti Langkah-Langkah seperti yang dinyatakan di bawah

LANGKAH 1

1. Sila layari laman www.kwsp.gov.my. Pastikan link atau URL yang anda login adalah betul. Jangan sesekali anda masukkan ID dan Password anda selain dari laman rasmi KWSP. Ini bertujuan mengelakkan kebocoran maklumat i-Akaun KWSP anda kepada pihak ketiga.
2. Pilih “LOG MASUK” dan Klik “i-Akaun” (Ahli)
3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan?

LANGKAH 2

1. Pilih bantuan yang anda perlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
3. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan Nombor TAC

Nota – (Pastikan anda masih menggunakan No.Tel yang didaftarkan dengan KWSP. Jika tidak digunakan lagi, anda hendaklah berdaftar di mana-mana cawangan atau Kiosk KWSP

LANGKAH 3

1. Nombor TAC akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
2. Masukkan Nombor TAC yang diberikan.
3. Selepas itu anda boleh membuat Kata Laluan Baru. Pastikan anda mengunakan kombinasi abjad dan nombor (Contoh: 1234567abc)
4. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

Bagaimana Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Semua sedia maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh mengeluarkan wang melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Kemudahan i-Lestari.

Pengeluaransebanyak RM500 sebulan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri adalah merupakan sebahagian dari senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan. Untuk membuat pengeluaran RM500 sebulan anda perlulah mendaftarkan i-Akaun KWSP.

Baca lagi: Pengeluaran KWSP i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020

Jawatan Kosong Diperlukan segera:  Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Seluruh Negara di Perlukan

Semua ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 masing-masing dengan kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dan tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat.

Bermula pada 1 April 2020, Ahli KWSP boleh membuat permohonan. Pihak KWSP akan membuat pembayaran bermula dari bulan permohonan diterima sehingga Mac 2021.

Terdapat 3 kaedah untuk anda mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari iaitu:

1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun)
2. Secara email kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik)
3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci no 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)

Info lanjut sila layari laman web KWSP

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *