Ada Yang Pura-Pura Failed Memasak Demi Pulun Like – “Ya Allah Jangan Sampai Allah Tarik Nikmat”

Semakin lama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, ini bermakna netizen mempunyai lebih banyak masa berada di dapur. Tak hairanlah ramai terlalu teruja untuk mencuba resipi yang baru menerusi media sosial. Tapi sesetengahnya bersedih kerana masakan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan. Namun, kini kekecewaan itu dapat ‘diraikan’ bersama dengan wujudnya sebuah group khas di Facebook.

Penubuhan group itu ternyata mendapat sambutan hangat sehingga berjaya mengumpul jutaan pengikut. Melihat sahaja posting yang dihantar oleh ahli page berkenaan, ramai ketawa berdekah-dekah kerana masakan failed itu benar-benar lucu. Malangnya lama kelamaan, sesetengah pengikut pula dilihat semacam sengaja ‘merosakkan’ masakan sendiri demi meraih like yang banyak.

Kecewa dengan sikap ‘dahagakan’ perhatian yang ditunjukkan segelintir pihak, seorang individu bernama Siti Aishah Nasir tampil membuat sedikit teguran. Bukan sahaja mempersoalkan mengenai mudarat di sebalik kewujudan group sedemikian rupa. malahan wanita ini memberi amaran mengenai penarikan nikmat rezeki yang selama ini dikurniakan oleh Allah kepada kita semua. – Carca MarbaCarca Marba.

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *