
Bagi individu yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda kini boleh membuat permohonan bagi mendapatkan permit pergerakan rentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia.
Permohonan permit pergerakan ini hanyalah untuk mereka yang sebelum ini terkandas di kampung halaman ketika PKP diumumkan pada 18 Mac lalu dan ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat kerja. Individu yang berada di bandar dan nak balik kampung adalah tidak dibenarkan.
Aplikasi ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.
Melalui aplikasi ini, kod QR unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di mana-mana sekatan jalan raya (SJR), sekaligus memudahkan pergerakan pemohon.
Ini Cara Buat Permohonan
1. Muat turun aplikasi Gerak Malaysia di App Store atau Google Play Store
2. Pilih tujuan permohonan permit seperti yang disenaraikan.
3. Selesai. Semak semula status permohonan pada tarikh yang diberikan.
Selesai. Selamat Mencuba yer.
Boleh dapatkan lebih banyak info dengan Klik carian disini