Bantuan Isi Rumah RM1600 & RM800 Untuk Bujang – Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman hari ini mengenai Pakej Ransangan Ekonomi – Prihatin Rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Muhyiddin berkata menerusi pakej itu, semua lapisan masyarakat di negara ini tidak akan dipinggirkan.

Bantuan Prihatin Nasional

Rumusan Pakej Ransangan Ekonomi – Bayaran Prihatin Nasional

Antara intipati penting Pakej Ransangan Ekonomi yang telah dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah:

  • Isi rumah berpendapatan RM4000 sebulan ke bawah -> Bayaran tunai RM1600 secara one-off.
  • Isi rumah berpendapatan RM4000-RM8000 -> Bayaran tunai RM1000 secara one-off.
  • Bujang 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2000 ke bawah -> Bayaran tunai RM800 secara one-off.
  • Bujang 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2000-RM4000  Bayaran tunai RM500 secara one-off.
  • Pelajar IPTA -> RM200 secara one-off dibayar pada Mei 2020.
  • Penjawat Awam gred 56 ke bawah -> RM500 secara one-off.
  • Pesara Kerajaan ->RM500 secara one-off.
  • Pekerja bawah pendapatan RM4000 sebulan -> Upah RM600 sebulan
  • Pemandu e-hailing/Teksi -> RM500 one-off
  • Pengecualian bayaran sewa PPR selama 6 bulan.
  • Baki BSH akan dibayar secara tunai pada bulan Julai.
  • Elaun khas RM600 sebulan kepada doktor, jururawat dan kakitangan yang terlibat dengan Covid-19 mulai 1 April.
  • Panjangkan elaun RM200 sebulan kepada tentera, polis, imigresen, rela dan mereka yang terlibat.
  • Syarikat insurans & takaful keluarga akan tawar penangguhan bayaran premium untuk 3 bulan.
  • Internet PERCUMA pada semua pelanggan bermula 1 April sehingga tamat Covid.

BACA LAGI: INFO: Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP anda? Ikuti Langkah Ini Untuk Dapatkan Semula.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dipanjangkan sehingga 14 April, telah mengakibatkan ramai orang terkesan dan tertekan dengan keadaaan ekonomi di negara ini terutamanya kepada peniaga kecil, pemandu teksi, petani dan ramai lagi.

Alhamdulillah, PM Muhyididin berkata beliau akan melaksanakan tugas dengan baik menyedari amanah berat yang dipikul & bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan rakyat.

SeMoga Allah memelihara negara kita daripada Bencana Wabak COVID-19 ini.

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *