
Panduan Solat Tahajud dan Doa Lengkap serta Kelebihannya
Kelebihan solat tahajud
Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh anda perolehi jika sering mengamalkan solat tahajud.
Antaranya seperti berikut:
- Menghapuskan dosa
- Perolehi cinta dan redha Allah s.w.t
- Mendekatkan diri pada Allah s.w.t
- Perolehi pertolongan dan rahmat Allah s.w.t.
- Mendapat ketenangan jiwa
- Doa dimakbulkan Allah s.w.t
- Disinari cahaya pada wajah dan hati
- Memudahkan hisab di akhirat
- Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan
- Termasuk golongan hamba yang soleh dan bersyukur
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat tahajjud secara lengkap, beserta dengan doa tahajjud.
Pada zaman sekarang yang mencabar ini, kita memerlukan kekuatan dalaman dengan mengerjakan solat tahajud.
Pernahkah anda terjaga ketika tengah malam, kemudian tidak dapat melelapkan mata semula? Jika keadaan ini sering berlaku, kita disarankan untuk mengerjakan mengerjakan solat tahajud.
Ia merupakan waktu paling berharga namun sukar untuk dikecapi kerana nikmat tidur lebih mengasyikkan daripada beribadat.
Di kala orang lain sedang tidur, kita melawan nyenyak tidur semata-mata mahu menyucikan diri dengan beribadat kepada Allah S.W.T.
Untuk mengamalkan, kita perlu tahu kaedah dan cara yang betul. Terdapat banyak manfaat dan kelebihan yang kita perolehi daripada mengamalkannya.
Apa itu solat tahajud?
Ia adalah solat sunat yang dilaksanakan setelah bangun tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat sunat ini boleh dilakukan selepas waktu Isya’ sehingga sebelum masuk waktu subuh.
Sebaiknya, ia dilakukan pada waktu satu pertiga malam, sekitar jam 3 pagi, sehingga hampir waktu subuh.
Bilangan rakaat adalah dua rakaat yang dilakukan secara bersendirian. Namun, ia tiada had rakaat dan boleh dilakukan mengikut kemampuan.
Cara solat tahajud
Cara mengerjakan solat tahajud adalah sama seperti solat yang lain, namun berbeza pada niat serta bacaan doa.
- Lafaz niat

Rumi: Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Bacaan surah
Bacaan surah selepas al-Fatihah dalam solat tahajud tidaklah ditentukan. Anda boleh baca mana-mana surah yang disukai. Namun, terdapat surah yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tahajud.
Pada rakaat pertama, baca surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-Kafirun.

Kemudian pada rakaat kedua, bacaan al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-Ikhlas.

3. Doa sujud akhir tahajud
Semasa sujud terakhir, ada doa yang boleh dibaca. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, baca doa berikut sebanyak tiga kali.

Maksud: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. (Surah al-Isra’ ayat 80)
4. Doa selepas solat tahajud
Selepas salam, terdapat doa khas yang boleh diamalkan di akhir solat tahajud.

Maksud: Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.
Sumber: www.alkauthar.com
Untuk mengetahui JAWATAN KOSONG MALAYSIA.
Join Channel Telegram KERJA KOSONG no 1 di Malaysia ( DI SINI )