
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50% bagi pembayaran saman trafik secara dalam talian bermula dari 18 hingga 21 Mei 2020 ini.
Kaunter-kaunter polis trafik untuk urusan perkhidmatan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans akan beroperasi secara berperingkat di seluruh negara mulai Isnin ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Azisman Alias berkata, kaunter perkhidmatan saman dan pembekalan dokumen kemalangan itu akan di semua ibu pejabat polis peringkat daerah dan kontinjen negeri bermula 18 Mei ini.
Katanya, kaunter-kaunter berkenaan akan kembali beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan dan dibahagikan mengikut kontinjen negeri.
“Untuk Kontinjen Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Putrajaya dan Labuan) kaunter akan beropersi dari Isnin hingga Rabu mulai jam 9 pagi hingga 2 petang.
“Manakala pada Jumaat waktu operasinya adalah selama tiga jam sahaja iaitu bermula 9 pagi hingg 12 tengahari,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.
Manakala negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula kaunter perkhidmatan akan dibuka selama tiga hari seminggu sahaja iaitu Isnin, Rabu dan Ahad bermula 9 pagi hingga 2 petang.
“Bagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman terpilih.
“Diskaun 50 peratus untuk saman terpilih hanya digunapakai jika urusan pembayaran untuk saman itu dilakukan secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my (LINK DI PAUTAN DIBAWAH) selama empat hari bermula 18 hingga 21 Mei 2020,” tegasnya.
Sumber: MalaysiaGazette
Pembayaran Saman Online klik Disini