Pekerja Boleh Keluarkan RM500 Dari KWSP Akaun-2

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media pada petang isnin telah mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam membantu meringankan beban ditanggung rakyat ekoran penularan wabak Covid-19

Menurut beliau inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari yang berkuatkuasa pada 1 April itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif membabitkan dana berjumlah RM40 billion. yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020,” tambah beliau

Selain daripada itu. Perkara lain yang dapat dirumuskan

Sidang media PM hari ini :

Inisiatif kerajaan terbaru yang telah diputuskan :

1. Kemudahan pengeluaran KWSP , bawah 55 boleh keluarkan akaun 2 maksimum RM 500 sebulan, selama 12 bulan bermula 1 April 2020.

2. Menyalurkan peruntukan 130 juta ringgit kepada negeri2 untuk membantu peniaga dan penjaja kecil, bantuan kepada ahli keluarga pesakit Dan petugas2 kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri.

3. Menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta kepada kementerian kesihatan.
Peruntukan 100 juta untuk KKM melantik 2000 Kakitangan baru secara kontrak.

4. Menyediakan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan kepada peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman.

Iklan Lain:  Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *