Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online | Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak – anak yang bakal memasuki darjah 1 pada tahun hadapan, anda perlu membuat pendaftaran secara atas talian (online) Tahun 1 ambilan 2021 – 2022.

Portal Kerjayabaru.com akan kongsikan kepada anda mengenai pendaftaran murid tahun 1 secara atas talian (online) ini.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem aplikasi Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi memudahkan ibu bapa serta penjaga bagi membuat pendaftaran anak mereka dimana sahaja mereka berada tanpa mengira waktu dan tidak perlu lagi mengisi borang secara manual.

SESI PERSEKOLAHAN MENGIKUT TAHUN KELAHIRAN

Pendaftaran permohonan murid bagi tahun ambilan 2021 dan 2022 boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak  atau jagaan mengikut tarikh kelahiran seperti di bawah :

  • Lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015 – Persekolahan Tahun 2021
  • Lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016 – Persekolahan Tahun 2022

TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 AMBILAN 2021-2022

CARA DAFTAR ANAK DARJAH 1

1. Layari Laman Web Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1  –  Rujuk Permohonan Online di bawah

2. Daftar Akaun Pengguna jika anda pengguna kali pertama dan setelah selesai mendaftar sebagai pengguna, sila logmasuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

3. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh muat turun Manual Pengguna dan Panduan Lengkap disini.

Sistem Pendaftaran Tahun 1 ini boleh digunakan pada tarikh yang ditetapkan sahaja, oleh itu anda sebagai ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa berwaspada dengan semua hebahan terkini daripada pihak KPM bagi melancarkan proses pendaftaran anak anda ke tahun 1.

Ibu bapa atau penjaga yang pertama kali menggunakan sistem portal rasmi ini perlu membuat pendaftaran akaun sebagai pengguna dengan klik pada [Daftar Pengguna Baru] untuk mengakses segala perkara didalam sistem permohonan tersebut.

P/S: Kerajaan telah memperuntukkan bantuan kewangan kepada golongan B40 & M40 dalam program MySalam. Dimana mereka yang layak akan dapat bantuan perubatan sebanyak RM8000.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online

Keputusan untuk permohonan pendaftaran pelajar Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan pada bulan Ogos nanti.

Semakan tersebut boleh dibuat secara atas talian di SPATKPM & pihak sekolah akan menghantar surat tawaran kepada pemohon pendaftaran yang berjaya (perlu dibawa pada hari pertama persekolahan).

Jika permohonan anda ditolak, sila buat rayuan semula. Semoga berjaya dalam membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2021/ 2022 secara online atau manual.

Permohonan Online

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *