Padah cuba lari dari polis trafik, penunggang motorsikal melambung sebelum jatuh.

(Video) ‘Gila budak ni!’ – Padah cuba lari dari polis trafik, penunggang motosikal melambung sebelum jatuh terseret. Bila dah buat salah ini, sekali Allah bayar cash di dunia ini.
Viral semalam di media sosial video tentang seorang penunggang motosikal yang dipercayai tidak mempunyai lesen dan cuba melarikan diri dari ditahan anggota polis trafik.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Jalan Kampung Gelas Mas menuju ke Bunut Susu, di Pasir Mas, Kelantan.

Berdasarkan video viral itu, anggota trafik berkenaan cuba mengarahkan suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 tanpa memakai topi keledar itu supaya untuk berhenti. Malangnya, mungkin kerana perasaan takut dan salah ,arahan itu tidak diendahkan dan suspek terus memecut melarikan diri tanpa menghiraukan keselamatan beliau.
Anggota itu kemudian mengekori rapat motosikal suspek di bahu jalan.
Akibat kecuaian diri, motosikal suspek terlanggar jalan berlubang lalu menyebabkan dia hilang kawalan dan terus melambung sebelum terhempas dan terseret beberapa meter di tepi jalan.
Tidak diketahui apa yang terjadi selepas itu, tetapi netizen berkata, remaja itu sepatutnya berhenti apabila diarahkan berbuat demikian, bukannya terus melarikan diri.
Lihat Video kejadian DI SINI
Apa pun kesalahan yang anda lakukan, jangan bahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain. Terimalah saman dari pihak berkuasa dengan hati yang terbuka. Perlu di ingat kita hanya melakukan kesalahan trafik saja bukan nya buat kesalahan besar seperti membvnvh atau mengedar d4d4ah pun.

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *