Cara Permohonan Guru Ganti 2020 Sekolah Rendah dan Menengah

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerjaya Jawatan Kosong hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.

Berikut dikongsikan tatacara permohonan jawatan kosong guru ganti 2020 untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti PISMP.

Untuk makluman, jawatan ini hanya kontrak tidak lebih 3 bulan.

Secara amnya, guru ganti ialah individu yang tiada latihan asas perguruan yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

Bidang Tugas

Antara tugas seorang guru ganti ialah:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  • Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar yang diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah

Gaji guru ganti dibayar harian mengikut kelulusan contohnya RM100 sehari bagi lepasan ijazah, RM72 (lepasan STPM/Diploma) dan RM54 sehari bagi lepasan SPM.

Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah.

Segala urusan gaji turut di bawah bidang kuasa PPD, bukan KPM.

Untuk memohon Jawatan Kosong Terbaru ( MOHON DISINI )

Permohonan Guru Ganti 2020

Antara syarat permohonan jawatan ini ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM)
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM)

Sekiranya anda layak, sila download dan isi borang di bawah kemudian hantar ke PPD masing-masing bagi urusan panggilan temuduga dan sebagainya.

Bagaimana Memohon Guru Ganti:

Permohonan jawatan Guru Ganti di bawah adalah dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Kekosongan Guru Ganti negeri lain akan diupdate dari masa kesemasa sekiranya terdapat kekosongan.

Sila “HUBUNGI & HANTAR PERMOHONAN ANDA” ke alamat email yang dinyatakan di bawah. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus menggunakan email yang disediakan di bawah. Pemohon disarankan untuk menyediakan maklumat-maklumat terkini yang diperlukan sebelum memohon jawatan Guru Ganti. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Selamat mencuba

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai di bawah:

PUAN SITI RAHAYU BINTI RAMLEE
Penolong PPD Menengah & Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
Tel: 05-2544877 / 2427293 ext 106
E-mel: rahayu.ramlee@moe.gov.my

Carian Jawatan lain klik link dibawah

You May Also Like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *