
PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS (PPPC)
Rasional dan Hasrat Inisiatif
•Menyediakan peluang pendidikan kepada murid pintar cerdas dalam membangun dan mengembangkan potensi serta bakat mereka supaya dapat memberi sumbangan kepada negara.
•Mempelbagaikan laluan bagi meluaskan peluang kepada keperluan murid pintar cerdas diperingkat lebih tinggi.
•Menyediakan murid pintar cerdas yang menghayati nilai dan mengamalkan jati diri sebagai warganegara Malaysia.
Keberhasilan (Outcomes)
•Pendekatan khusus yang memenuhi keperluan murid pintar cerdas disediakan.
•Potensi dan bakat murid pintar cerdas dibangunkan dan menyumbang kepada pembangunan negara.
LATAR BELAKANG INISIATIF
Program Pembelajaran Pintas perlu disediakan untuk murid-murid yang berprestasi tinggi dan pintar cerdas yang merupakan kumpulan murid berkeperluan khusus(1%teratas). Sokongan diperlukan bagi memastikan kumpulan ini mencapai potensi mereka. Manakala bagi tujuan pengukuhan Program dan peningkatan kualiti dan sistem pendidikan kerjasama KPM dan institusi/agensi pendidikan dalam dan luar negara perlu diperluaskan.
1. Pengetua Gred DG52
2. Guru Penolong Kanan Gred DG48
3. Guru Kaunseling Gred DG48
4. Guru Akademik (Bidang STEM) Gred DG48/DG44/DG41
5. Guru Akademik Gred DG48/DG44/DG41
Tarikh Tutup : 30 APRIL 2020
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah mengisi Borang Permohonan secara atas talian di laman sesawang https://pintarcerdas.com bermula ( 9 Mac – 30 April 2020)
Permohonan yang berjaya akan dihubungi dalam tempoh 3 bulan dan mestilah menyerahkan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini
- Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun berturut-turut (2017 – 2019)
- Sijil Kelayakan Akademik dan Ikhtisas
- Kad Pengenalan
- Surat Lantikan
- Surat Kenaikan Pangkat
- Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Surat Pemakluman Pengisytiharan Harta
- Lain-lain Sijil/Surat Penghargaan
- Diperakui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan adalah ditolak.
Kaedah Pelaksanaan
- Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
- Segala perbelanjaan berkaitan penghantaran borang permohonan dan temuduga, iaitu kos penginapan, pengangkutan serta makan minum adalah di bawah tanggungan pemohon.
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini, boleh hubungi Sektor Pengurusan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400