
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB). Anda ingin memiliki rumah sendiri? Panduan buat anda golongan yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB. Buat masa sekarang permohonan baharu tidak dibuka.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia. Kini, SPNB diletakkan di bawah pengurusan atau seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula tahun 2018.
baca lagi: Jawatan Kosong Malaysia (Mohon Disini)
Cara Permohonan
Berikut dikongsikan maklumat tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri perumahan dan aplikasi permohonan :
Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB
Baca Lagi: Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020
Baca Lagi: Nak beli rumah tanpa slip gaji… ini caranya
Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan
Ciri-Ciri Rekabentuk Rumah RMRPLUS
a. Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat
b. 3 Bilik & 2 Bilik Air
Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online
1. Untuk permohonan anda boleh dapatkan borang permohonan dengan melayari ke laman web http://spnb.com.my/
2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mesra Rakyat, sila layari ke laman web rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/ atau ;
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
No. Faks: 603-2681 0170
Semoga adanya skim perumahan ini dapat membantu golongan yang berkelayakan memiliki rumah idaman sendiri.
Penafian : Laman web SPA8i.net tiada sebarang kaitan dengan pihak kerajaan atau Syarikat Perumahan Negara Berhad. Posting ini hanya untuk informasi sahaja.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kerja kosong kerajaan anda boleh lihat iklan di kategori jawatan di atas. Pekerjaan dalam sektor kerajaan lebih terjamin masa depan dan gajinya sekarang pun agak lumayan.
Saya bermohon rumah
Saya berminat mintak rumah bantuan 0165776135
Saya berminat hendak memohon rumah