
ROTI CANAI buatan sendiri yang paling sedap.
.
Dah lama tak buat tutorial. Sebab ramai yang tanya resepi roti canai, hari ni kita buat tutorial langkah demi langkah.
.
Semoga bermanfaat buat peminat roti canai
Modal tak besar.
Tepung gandum 4 cawan.
Telur sebiji.
Gula sesudu makan.
Air secawan
Garam setengah sudu kecil.
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
Bajet semua dalam rm5 lebih ikut berapa harga mahal murah barang kat kedai
Mula – mula campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat ( saya uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya ) ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar gabak biar cepat siap.
Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.
Soalan : guna majerin boleh?
Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar.
Dulang besar yang ditenggek atas baldi.
Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3@4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3@4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.
Tebar besar sampai lebih saiz dulang nasi ambeng… lepastu buat 4 lipatan seperti dalam gambar
boleh start Goreng dengan happy yer..
Sumber: Facebook