
Resipi Buat Sardin ‘Homemade’ Ini Dapat 32K Perkongsian Di FB!
Kalau bercerita bab makan ini, memang banyak yang nak diceritakan, lebih-lebih lagi pasal masakan di rumah, yang mana masakan air tangan ibu, biar pun sebenarnya dari tin, seperti sardin.
SETIAP kali buka tin sardin, hati berdebar-debar kan. Sebab kita tahu benda tu tak sihat, banyak benar bahan pengawet (sebab tu tahan bertahun dalam tin), tapi nak makan jugak sebab sedap dia ya rabbi, tak boleh ampun.
1- Ikan Kembong/Selayang@Sardin
2- Bawang besar diracik halus
3- Cili Boh 2 sudu
4- TOMATO biji dan Tomato puri
5- Sos Ikan@sos sotong
6- Garam
7- Kicap barang sesudu
1. Okay? Bersedia. Beli ikan. Apa-apa ikan yang kalian suka. Saya beli ikan kembong ni. Buang kepala dan ekor dia siap-siap. Kalau nak letak jugak kepala dia terserah. Tapi nak nampak real, aku buang terus. Beli ikan kat mana? Pejabat pos laju lah, mana lagi. Herghhhh…ni pun nak tanya.
2. Haaa..molek kejadiannya. Gigih akak susun satu-satu nak tunjuk kat korang. Tomato Puri akak pakai Ayam Brands juga sebab nak kasi aroma tu 2×5 macam dalam tin. Kihkih.
3. Tumis bawang dan cili boh barang seketika sampai layu dihujung rindu. Buat-buatlah kacau sikit, jangan pemalas. Kang hangit, akak jugak korang salahkan. Reti ke idok nak menumis? Tak reti tanya laki kau.
4. Lepas tu masukkan tomato puri+tomato buah+sos ikan+garam sikit sesedap rasa korang. Kalau pekat sangat, sila masukkan secawan air. Jangan cair tau.
5. Nah, indah kejadiannya. Ikan yang dah dibasuh bersih dan diselawat tadi, susun beratur dalam periuk. Akak pakai periuk renih sup biasa jer, yang beli untuk buat bubur nasi anak anak tu jer. Pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok kalau periuk biasa ni. Tu jer beza dia.
6.Masukkan kuah yang dibikin tadi dalam periuk ikan yang sedang bersusun tu tadi. Set periuk kat ‘ high’. Biar dia merenih kat situ, korang pergi layan Facebook dulu. Kata ramai peminat. Ahaks! Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.
Taraaaaaaaa….molek kejadiannya selepas 2 jam. Kalau nak menjadi sardin, KPI nya adalah sampai tulang ikan tu boleh dimakan. Ranggup dan berperisa. Gitu! Sekian persembahan Sardin Melankolia D’Amor aku untuk hari ini.