Semak Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Untuk Pelajar RM200 dan Cara Memohon.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman hari ini mengenai Pakej Ransangan Ekonomi – Prihatin Rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Muhyiddin berkata menerusi pakej itu, semua lapisan masyarakat di negara ini tidak akan dipinggirkan.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Covid-19 ini.

Tidak lupa juga pada para pelajar yang bermula dari Tingkatan 6, Diploma dan IPT turut juga dapat manfaat dari bantuan Prihatin ini

Mereka yang layak wajib Baca dengan teliti untuk menyemak syarat kelayakan, cara memohon BPN untuk pelajar, serta tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya.

NILAI BANTUAN

Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan one-off (sekali terima) sebanyak RM200 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan berikut:
      • Kolej Komuniti
      • Politeknik
      • Universiti Awam
      • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
      • Tingkatan 6
      • Senior Middle 3
      • Sijil Tinggi Agama (STAM)
      • Diploma Kolej Vokasional
      • Diploma dan setara Insitusi TVET
      • Matrikulasi
      • Pengajian Asas (Foundation)
      • Asasi
      • A-Level
      • International Baccalaureate Diploma
      • Australian Matriculation Diploma
      • Diploma Lanjutan
      • Sarjana Muda dan setaraf
      • Sarjana dan setaraf
      • Doktor Falsafah dan setaraf
      • Kursus diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
      • SKM4 dan ke atas di institusi bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (MARA)

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN

Setiap pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing di bawah pegawai Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing.

 

CARA SALURAN BANTUAN

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar melalui akaun bank pelajar mulai hujung bulan April 2020.
Setiap pelajar perlu mempunyai akaun bank tempatan dan mengemaskini maklumat kepada Unit Hal Ehwal Pelajar masing-masing.

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *