
Penafian Rasmi : Sila buat permohonan di website rasmi di LHDN, BSH sahaja. Pihak kami hanya berkongsi info & maklumat terkini sahaja. Tiada Istilah SCAM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman hari ini mengenai Pakej Ransangan Ekonomi – Prihatin Rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Muhyiddin berkata menerusi pakej itu, semua lapisan masyarakat di negara ini tidak akan dipinggirkan.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Covid-19 ini.
Pembayaran secara“One Off” ialah pembayaran yang akan diberi sekali sahaja. Pembayaran ini akan diberikan kepada golongan B40 dan juga M40.
Pelbagai bantuan akan diagihkan kepada semua lapisan masyarakat seperti penjawat awam, pemandu teksi, doktor dan ramai lagi seperti yang telah diumumkan dalam Bantuan Prihatin Nasional, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN ini.
Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional
Bagaimana Mohon Bantuan Prihatin Nasional
Bagi golongan M40 pula, pemberian akan diberi berdasarkan data & percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sila buat semakan status mulai 1 April 2020.
Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
Mereka yang layak menerima bantuan BPN ini boleh buat semakan mulai 1 April 2020 di portal rasmi kerajaan:
Jika anda memenuhi kriteria tetapi TIDAK TERSENARAI, sila buat permohonan baru mulai 1 April di Portal Rasmi berikut SAHAJA:
Isi borang di atas talian dan kemukakan bukti pendapatan anda. Permohonan yang telah diterima akan disemak berdasarkan data agensi yang ditetapkan.
Siaran Media Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Siapakah Yang Layak Dapat Bantuan?
Berikut adalah beberapa kategori penerima BPN B40 mengikut kelayakan:
1. Isi Rumah
- Kahwin, atau
- Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang ada buat laporan maklumat Anak pada BSH 2020 dan
- Pendapatan Isi Rumah RM4000 dan ke bawah (Bulanan)
2. Bujang
- Bujang atau
- Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak buat laporan maklumat Anak pada BSH 2020 dan
- Pendapatan Isi Rumah RM4000 dan ke bawah (Bulanan)
- Umur 21 tahun ke atas termasuk kategori warga emas 60 tahun ke atas
Berikut adalah beberapa kategori penerima BPN M40 mengikut kelayakan:
1. Isi Rumah
- Kahwin, atau
- Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda berdasarkan data percukaian dan,
- Pendapatan Isi Rumah RM4001 dan RM8000 (Bulanan) berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
2. Bujang
- Bujang dalam data percukaian
- Had umur 21 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan RM2001 hingga RM4000 (Bulanan) berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
3. Pembayar Cukai warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia.
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
1. RM1600 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
2. RM1000 kepada isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
3. RM800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
4. RM500 kepada individu bujang 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Dan banyak lagi bantuan yang akan diberikan. Untuk cara memohon pula, kami akan update cara permohonan bantuan-bantuan ini setelah diumumkan oleh portal rasmi kerajaan.
Semoga rakyat bijak menggunakan wang yang telah diberi.
Maklumat Lanjut
Penafian: Artikel ini hanya perkongsian bagaimana untuk membuat permohonan bantuan & semakan BPN sahaja, bukan memohon melalui website ini. Segala rujukan tentang artikel ini adalah diambil terus dari Telegram Rasmi MOF.
Status