Silap Transfer Wang Ke Akaun Orang? Ikuti Langkah Mudah ini Untuk Dapatkan Semula Wang Anda

Zaman sekarang transaksi wang boleh dibuat dengan mudah. Semua guna online untuk cepat. Tapi disebabkan nak cepat ini jugalah kita selalu buat kesilapan.

Dah transfer duit baru tersedar nombor akaun yang kita tulis salah. Kita dah silap transfer duit pada orang yang bukan sepatutnya.

Pernah tak anda tersalah transfer duit kepada akaun lain? Mungkin perkara ini kelihatan remeh atau anda rasa perkara ini tidak mungkin berlaku. Tetapi percayalah kes tersilap transfer ini kerap berlaku kepada orang lain tanpa sedar.

Zaman sekarang transaksi wang boleh dibuat dengan sangat mudah. Tidak perlu lagi ke bank untuk buat transaksi, semuanya hanya dihujung jari. Kadangkala kita terlalu tergesa-gesa sehinggakan salah masukkan nombor akaun menyebabkan transaksi wang tidak sampai kepada orang yang sepatutnya.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, jangan risau anda boleh dapatkan duit anda kembali dengan cara yang dikongsikan di bawah.

Ikuti Langkah Dibawah

1. Sebaik Sahaja Sedar Kita Tersilap Transfer Ke Akaun Bank Yang Salah, Segera Buat Laporan Polis.

Pertama sekali sebaik sedar kita dah tersilap buat pemindahan wang kepada akaun bank yang salah, segera buat laporan polis. Dalam membuat laporan, pastikan anda tulis detail nombor akaun bank yang silap, jumlah wang yang dipindahkan, masa dan di mana transaksi tersebut dibuat. Pastikan anda lengkapkan maklumat lain yang diperlukan.

2. Bawa Salinan Laporan Polis dan Kad Pengenalan Ke Cawangan Bank Yang Digunakan

Apabila anda sudah membuat laporan polis dan salinan sudah ada di tangan, pergi ke cawangan bank yang anda gunakan untuk membuat transaksi. Terangkan kepada staf bank situasi anda dan minta bantuan mereka untuk mendapatkan kembali wang anda.

Terangkan kepada staf bank situasi anda dan minta bantuan daripada mereka untuk mendapatkan kembali wang yang anda tersalah transaksi.

3. Pihak Bank Akan Menghubungi Pemilik Akaun Yang Anda Salah Transfer

Selepas laporan kepada pihak bank dibuat, mereka akan menghubungi pemilik akaun bank tersebut dan kita perlu menunggu persetujuan beliau. Memandangkan kesilapan pemindahan wang itu dibuat oleh anda dan transaksi itu berjaya, pihak bank tidak boleh sewenang sewangnya memasukkan duit itu kembali ke dalam akaun anda tanpa persetujuan pemilik akaun tersebut.

Di sini ada dua kemungkinan sama ada pemilik akaun setujuk untuk memulangkan wang atau pun tidak.

Sekiranya pemilik akaun tadi bersetuju beliau perlu pergi cawangan bank yang digunakan ketika transaksi diterima dan mengisi borang khas. Borang tersebut mungkin berbeza antara bank tapi sesudah ia diproses anda akan dapat kembali wang anda.

4. Bagaimana Jika Pemilik Akaun Enggan Memulangkan Wang?

Jadi jika pemilik akaun tersebut enggan memulangkan wang anda, anda berhak untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Sekiranya jumlah wang yang dipindahkan ke akaun itu adalah di bawah RM5,000 anda perlu mengisi borang tuntutan Small Claim Procedure melalui mahkamah majistret.

Bagi prosedur ini, anda tidak perlukan peguam tetapi jika wang yang dipindahkan adalah  melebihi RM5,000 anda tiada cara lain selain menggunakan khidmat peguam dalam usaha mendapatkan kembali wang anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda jika anda tersilap melakukan transaksi kepada akaun yang salah. Pastikan anda sentiasa teliti dalam melakukan pemindahan wang terutama jika wang yang dipindahkan dalam jumlah yang besar. Semak semula nombor akaun bank yang dimasukkan dan pastikan maklumat penerima adalah betul untuk memastikan wang yang dipindahkan sampai kepada orang yang sepatutnya.

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *