
Susah Kita Suami Isteri Tiada Siapa Tahu, Tapi Bila Dah Senang Mulalah Orang Mengata Macam-Macam.
Susah dalam kehidupan kita laki bini ini, tiada siapa pun yang akan ambil tahu. Yang orang nampak, waktu kita pergi melancong, kita tukar kereta, kita makan sedap-sedap, kita beli barang baru, kita celebrate birthday anak dan sebagainya. time tu semua diorang nampak… dia stalk ja FB kita ini hari-hari… iyerlah nak membawang.
Walhal dia tak tahu apa susah payah yang kita lalui baru kita boleh capai dan boleh rasa semua tu. senang cerita waktu kita susah tak ada siapa pun amik peduli.
Sebab tu saya selalu kata, kalau nak pergi melancong, silakan kalau nak tukar kereta, silakan…kalau nak mkn sedap-sedap, makan di restaurant, silakan…kalau nak beli apapun, silakan…semua silakan.
Kita guna duit hasil titik peluh kita. Kita bukan guna duit orang yang membawang dan mengata tu. Kita tak pulak menyusahkan siapa-siapa dan semua yang kita nak buat tu, berdasarkan apa yang kita dah usaha, dah menyimpan dan dah kumpul sebelum kita boleh beli, boleh buat, boleh makan dan sebagainya. Kita akan berasa puas sebab dapat ”Reward” untuk diri kita sendiri atas usaha kita..
Masa kita suami isteri susah, tiada siapa pun yang nampak masa kita tengah bulan, makan telur, makan ikan masin, tiada siapa pun yang tahu, siang keje, malam berniaga, laki bini cari duit, sehari buat 2 keje, ada diorang perasan. apa biznes yang tak pernah buat. semua belasah, untung rugi apa semua ada, kena tipu dengan orang apa semua kena hadap waktu itu. Pernah juga nak giveup, duduk melengung sorang-sorang dok fikir dan berdoa semoga Allah buka jalan dan berikan direction yang terbaik dalam perjuanganku sebagai seorang seuami kepada isteri dan anak-anak. Korek tabung, tukar syiling, ikat perut, catu perbelanjaan sementara nk gaji, semua kita hadap suami isteri. kita susah bersama-sama.
Tapi bila kita nampak je senang, terus macam-macam kata-kata yang kita dengar, itu yang sampai ke pengetahuan kita. Yang tak sampai itu tak tahulah. Allah maha mengetahui segalanya.Itulah ragam manusia zaman sekarang ni. tambahan pula semua boleh dikongsikan hanya di hujung jari saja. Tapi bukan semua sebab ada juga kawan yang selalu menyokong dan memberi motivasi pada kita dari zero smpai apa yang kita mampu buat sekarang..Terima kasih aku ucapkan pada kalian.
Abaikan yang jenis-jenis mulut puaka ini, pedulikan, buat apa yang kita suami isteri nak buat asalkan kita tak menyusahkan orang lain, tak berhutang dan ianya menggunakan duit kita sendiri, hasil usaha kita sendiri. hasil titik peluh kita.. hasil tulang 4 kerat kita. Allah maha adil pada hambanya yang terus berusaha. itu janji Allah
Mereka tak layak hendak mempertikaikan apa yang mereka nampak kerana mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul, kerana bahu yang memikul inilah yang lebih tahu penat jerit dalam kehidupan.
Perkongsian ini bukanlah bermaksud untuk meluahkan segala apa yang terbuku selama ini.. Ia hanya sekadar memberi semangat supaya kita tidak pernah putus asa dalam mengubah hidup keluarga kita kerana janji Allah itu pasti pada mereka yang tidak berhenti berusaha dan sentiasa berdoa dan mengingatiNya selalu.
Semoga Allah merahmati kehidupan kita selalu sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak… Ameen
Suka Artikel Ini jangan lupa SHARE yer