
Berikut adalah iklan temuduga terbuka anjuran PERKESO dan akan dikemaskini sekiranya terdapat pembaharuan (sila refresh webpage ini sekiranya anda berada lebih dari 5 minit, bagi memastikan artikel kerja ini di kemaskini, sekiranya terdapat pembaharuan). Pastikan anda share info ini di wall facebook anda untuk perkembangan terkini temuduga terbuka PERKESO yang akan kami kemaskini dan pastikan anda like page kami untuk perkembangan selanjutnya link berikut : Page Jawatan Kosong Kerajaan
Jawatan Kosong PERKESO Malaysia, KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka. PERKESO ialah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan mentadbir skim-skim keselamatan Sosial di bawah akta keselamatan sosial pekerja, 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar dan memastikan caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya.
Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.
Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah Badan Berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun.
Temuduga Terbuka di Pusat Komuniti Gombak Setia :
Tarikh : 16 Februari 2020 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pusat Komuniti Gombak Setia, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Aktiviti :
1. Booth Portal Pekerjaan PERKESO
2. Booth Pameran PERKESO
3. Kaunseling Kerjaya
Pautan pra-pendaftaran: Klik Disini
Temuduga Terbuka di Wisma Perkeso Seberang Jaya :
Tarikh : 19 Februari 2020 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Lobby Wisma Perkeso Seberang Jaya, Pulau Pinang
Dengan Kerjasama Majikan:
1. Agensi Pekerjaan Osadi
2. CK Motorworld Sdn Bhd
3. Golden Fresh Sdn Bhd
Pautan pra-pendaftaran: Klik Disini
Temuduga Terbuka di Wisma PERKESO Kuala Lumpur :
Tarikh : 29 Februari 2020 & 01 Mac 2020
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Aras 18, Dewan Kenanga, Wisma PERKESO Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak.
Karnival Pekerjaan sempena WOW PERKESO – dijemput hadir beramai-ramai :
i) Penglibatan majikan daripada pelbagai sektor
ii) Lebih 1000 kekosongan jawatan
iii) Klinik Resume dan Kaunseling Kerjaya
iv) Program Career Lab
Pautan pra-pendaftaran: Klik Disini