Tips Ringkas Kumpul Duit Untuk Mengerjakan Umrah

TIPS RINGKAS KUMPUL DUIT UNTUK MENUNAIKAN UMRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni nak bagi tips ringkas bagaimana nak kumpulkan duit untuk menunaikan umrah. Bagi yang masih mencari caranya bagaimana? Boleh ikut tips ringkas ini:

Pertama sekali, NIAT.
Ya, niat. Kalau kita tak de niat nak pergi, agak agak sampai ke kita ke sana? Niat “Saya nak pergi umrah tahun depan. Insha Allah.”

Kedua, DOA.
Minta pada Allah. Dia Maha Kaya, Maha Berkuasa. Mintak agar kita dapat mengerjakan umrah tahun depan. Minta spesifik, bulan berapa, kos berapa, dengan siapa, bagaimana, mintak apa yang anda nak mintak. Insha Allah dimakbulkan.

Ketiga, SIMPAN.
Kita ni bukan orang yang ada duit 6 7 angka dalam bank. So, kene menyimpan. Nak simpan kene ada tabung, sediakan 1 tabung.

Daftarkan akaun simpanan di mana-mana bank pilihan. Masukkan duit ke dalam akaun tersebut dan jangan pernah usik lagi akaun tersebut walaupun apa saja berlaku biarkan saja duit tu berada dalam akaun tersebut.

Caranya lain, simpan ikut tarikh. 1hb RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 sehingga 30hb RM30. Jadi, 1+2+3+4+5+…+29+30 = RM465.

Sebulan dah dapat RM465, setahun (12 bulan) RM5580. Dah cukup kan nak buat umrah? InshaaAllah tahun depan kita dah ada RM5580. Nak lebih sikit, campur bonus, cukup la duit untuk belanja masa umrah.

RM5580 tu secara kasar, 30 hari sebulan. Tapi ada yang 29, 30 & 31 hari.

Agak agak boleh buat tak macam ni? Susah tak? Nak tau, try buat. Istiqamah.

Setiap hari solat 5 waktu doakan agar dipermudahkan jalan untuk pergi menunaikan umrah. Insha Allah, anda akan memperolehi jalan bagaimana untuk pergi menunaikan umrah.

Ini sekadar sharing, anda mungkin ada cara lagi baik

Jangan Lupa SHARE kan artikel ini jika bermanfaat

Sumber dari : Our Deen Travel & Tour

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published.