
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah pun mengumumkan di laman Facebook mereka, TNB Careline bahawa operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal di premis akan dihentikan sementara waktu dari 20-31 Mac 2020 demi keselamatan korang dan warga kerja TNB.
Untuk pengetahuan korang, pelanggan yang menerima bil pada tarikh 20-31 Mac akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan sebelumnya.
Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula dari 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.
Sebagai contoh, sekiranya korang menerima bil bulan sebelumnya sebanyak RM100, bil terkini juga akan dianggarkan sebanyak RM100.
Bil tersebut akan diselaraskan apabila pembaca meter mereka mengambil bacaan sebenar di premis pada bulan hadapan (bergantung kepada keadaan semasa)
Demi keselamatan anda dan warga kerja TNB semasa #PerintahKawalanPergerakan, operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal di premis dihentikan buat sementara waktu dari 20-31 Mac 2020.
1. Bagi pelanggan yang akan menerima bil pada tarikh-tarikh di atas, bil akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya. Sebagai contoh, sekiranya anda menerima bil bulan sebelumnya sebanyak RM100, bil terkini juga akan dianggarkan sebanyak RM100.
2. Bil anda akan diselaraskan apabila pembaca meter kami mengambil bacaan sebenar di premis pada bulan hadapan (bergantung kepada keadaan semasa).
3. Bil fizikal bagi tarikh 20-31 Mac 2020 tidak akan diserahkan ke premis anda. Salinan bil terkini boleh didapati melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.
Sumber: Facebook TNB Careline