
Penularan wabak Covid-19 yang meruncing di seluruh dunia pada ketika ini telah menyebabkan keadaan sosial dan ekonomi global menjadi tidak menentu.
Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai langkah pembendungan akan penularan wabak Berbahaya ini sangat signifikan, memandangkan banyak premis kerajaan, swasta dan persendirian ditutup atau dihentikan operasinya. Namun begitu bagi para peniaga kecilan seperti penjaja gerai makanan, peniaga pasar malam dan sebagainya yang memperolehi pendapatan yang tidak seberapa, mereka sangat terkesan dan bakal kehilangan punca pendapatan memandangkan itulah punca utama sumber pendapatan keluarga. Kehidupan mereka bakal terhimpit dengan pelbagai lagi masalah pada masa akan datang.
OBJEKTIF
- Meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin yang berdepan masalah kehilangan punca pendapatan keluarga, seterusnya diharap mampu memberikan sinar kegembiraan disebalik kebimbangan berkenaan penularan wabak Covid-19 dan kesempitan wang.
- Mewujudkan hubungan lebih erat di antara Zakat Pulau Pinang dengan para peniaga dan usahawan muslim dan bumiputera khasnya, yang seterusnya akan menjadi titik permulaan untuk ZPP meneroka peluang kepada prospek zakat perniagaan pada masa akan datang.
- Suatu bentuk sokongan kepada pihak pemerintah sama ada di peringkat persekutuan dan negeri memandangkan pihak kerajaan melalui agensi seperti Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya yang sentiasa bertungkus lumus dalam membendung penularan wabak ini disamping turut sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia.
KUMPULAN SASARAN
Skim bantuan khas ini menyasarkan kumpulan asnaf seperti berikut:
- Peniaga dan penjaja gerai makanan dan minuman di pasar malam, pasar tani, di tepi jalan dan blok perumahan.
- Peniaga pakaian (bukan butik) dan barang-barang keperluan dapur/rumah di pasar malam, pasar tani, di tepi jalan dan blok perumahan.
- Tukang gunting rambut kecilan.
Peniaga di pasar basah/pasar pagi TIDAK termasuk untuk skim bantuan ini.
SYARAT DAN KELAYAKAN
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia serta bermastautin dan menjalankan perniagaan di Pulau Pinang sahaja.
- Pemohon merupakan peniaga sepenuh masa. Contoh sekiranya berniaga burger secara sambilan atau part time maka pemohon tidak layak untuk menerima skim bantuan khas ini.
- Berpendapatan di bawah RM2,000.00 sebulan.
- Pemohon tidak mempunyai simpanan wang tunai melebihi RM5,000.00.
6. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bagi stiap keluarga atau isi rumah iaitu seperti berikut:
7. Mengisi dan melengkapkan borang yang disediakan oleh pihak ZPP secara atas talian dan menyimpan maklumat sebagai rujukan peribadi.
8. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan diproses.
Sebarang pertanyaan berikutan Pakej Bantuan Khas ini, bolehlah berhubung dengan pihak ZPP di talian berikut:
i. Team Peduli Asnaf 1 – 018 399 4313
ii. Team Peduli Asnaf 2 – 018 989 9974
iii. Team Peduli Asnaf 3 – 018 989 9975
Kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.